Ketika PAS menunjukkan keazamannya untuk bertanding di enam kerusi parlimen di Terengganu, Umno negeri itu pula menegaskan mereka bersedia untuk meletakkan calon di kesemua lapan kerusi parlimen dan 32 kerusi dewan undangan negeri (DUN).
Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said ketika diminta mengulas hasrat yang dinyatakan pemimpin kanan PAS menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.
Sebelum ini, terdapat media melaporkan Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan hasrat untuk mempertahankan enam kerusi yang dimenangi PAS pada PRU lalu.
Berbeza pula dengan ulasan Ahmad Said, Ahmad menyifatkan kenyataan Dr Samsuri sebagai pandangan peribadi.Justeru kata Ahmad beliau sendiri mempunyai hasrat untuk melihat BN bertanding di semua kerusi di negeri berkenaan.
Ketika Dr Samsuri yang diberi tugas mengetuai perbincangan mengenai pengagihan kerusi Pas & Umno, Dr Samsuri memberitahu perkembangan hal itu adalah positif, Sebaliknya, Ahmad berkata sepanjang pengetahuannya belum ada perbincangan dibuat.
Menurut Ahmad, seorang wakil rakyat PAS juga ada menyatakan bahawa PAS akan turut mempertahankan 22 kerusi DUN yang dimenangi mereka sebelum ini. Justeru katanya, jika itu adalah pendapat peribadi wakil rakyat PAS itu, beliau juga dengan pendiriannya untuk bertanding di semua 32 kerusi DUN di Terengganu.
Sebab itu kita kata bubar parlimen dulu, tanding di peringkat Putrajaya. Kemudian di DUN, kita lawan sesama sendiri. Siapa yang lebih, dia yang akan menjadi kerajaan.
0 Comments