Suami yang juga pasangan Youtuber sensasi ditahan polis kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata berbahaya dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.
Isteri pasangan sensasi YouTuber program masakan yang dilaporkan dicederakan suami berada dalam keadaan stabil meskipun mengalami luka dan lebam di muka serta bibir.
Dia yang berusia 28 tahun dilihat hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi dengan ditemani ahli keluarga.
Hadir dengan baju T berwarna hitam, wajah wanita itu yang kebiasaannya terpamer ceria kelihatan gelisah dan tidak gembira seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Sumber terdekat memaklumkan, ketika kejadian, wanita itu telah ditampar di muka dan pipi beberapa kali menggunakan tangan sehingga bibir berdarah.
Lengan mangsa juga bengkak akibat dipukul dengan senjata sabit.
Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, wanita tersebut membuat laporan polis semasa duduk dalam kenderaan memaklumkan dicederakan suami.
Youtuber tersebut minta diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi keluarga mereka.
Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa kerjasama program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.
Perselisihan terbabit berlanjutan sehingga suspek datang ke hospital dan dalam keadaan marah telah memukul isterinya berusia 28 tahun di pekarangan hospital berkenaan.
Polis mendapatkan tahanan reman ke atas suspek selama tiga hari, bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.
0 Comments