Isyarat Jelas, Bubar Parlimen - Sokongan Tukar Speaker Mendukacita


Pertukaran speaker Dewan Rakyat memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya umum (PRU) mengejut mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Ia isyarat jelas daripada kerajaan Perikatan Nasonal (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Keputusan ini agak mengejutkan kerana seolah-olah ia adalah isyarat yang cukup kuat dan petanda besar bahawa PRU akan berlaku dalam masa terdekat.

Dengan keadaan undi belah bahagi yang memperlihatkan sokongan pengosongan jawatan speaker ini sebanyak 111 (menyokong) dan yang tidak menyokong sebanyak 109.

Maka isyarat ini lebih kuat untuk memastikan pengukuhan kerajaan perlu dilakukan oleh mana-mana pihak dengan menyerahkan semula mandat pemilihan kerajaan kepada rakyat

Kerajaan PN hari ini membentangkan usul supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya sebagai speaker. Usul itu kemudian diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 ahli parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Keputusan itu membolehkan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat baru menggantikan Mohamad Ariff.

Kredibiliti calon speaker baru ini terkenal dengan beberapa isu kontroversi berkaitan dengan isu Melayu dan Islam. Apabila dinaikkan menjadi speaker pastinya akan timbul beberapa persoalan.





Post a Comment

0 Comments