Kerajaan Selangor Protest Laluan Asal ECRL ?


Kerajaan Selangor katanya tidak bersetuju dengan cadangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibina berdasarkan laluan asal yang melalui kawasan Gombak dan Serendah.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, ini kerana laluan asal berkenaan melalui kawasan tadahan air di Selangor. Laluan asal meliputi laluan berhampiran Permatang Kuarza (Gombak), Empangan Batu, Hutan Simpan dan Taman Rimba Templer, Kota Puteri atau Batu Arang. Laluan itu katanya melalui kawasan tadahan air.


Kerajaan Selangor dikatakan telah mencadangkan lokasi yang lebih strategik iaitu di Jenjarom (Kuala Langat) berhampiran kawasan Rimbayu atau Kampung Cheeding selain di Pelabuhan Barat dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di sini hari ini.

Sze Han menjawab pertanyaan Lau Weng San (PH-Banting) berhubung status terkini projek ECRL di Selangor.

Pada masa sama, Sze Han menyatakan sekiranya Kementerian Pengangkutan berhasrat meneruskan projek ECRL dengan pelan laluan asal, impak ekonomi terhadap kawasan di laluan yang pernah dicadangkan sebelum ini harus diselesaikan menerusi solusi yang baik.



Post a Comment

0 Comments