Saman RM200k Dah Terlepas, Saman RM10juta Masih Resah Ni.


Yang kembali ke pangkuan keluarga dah selamat dari kena saman. Tapi ada ura-ura menyatakan ada antara mereka yang mungkin tidak akan dicalonkan dalam pru15 akan datang. Khabar angin mengatakan.... 

Tindakan sebelum ini dibuat terhadap :
1. Mustapa Mohamed (Jeli), 
2. Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), 
3. Hamzah Zainuddin (Larut), 
4. Abdul Latiff Ahmad (Mersing), 
5. Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), 
6. Rosol Wahid (Hulu Terengganu), 
7. Shahbudin Yahaya (Tasek Gelugor), 
8. Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), dan 
9. Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Umno sebelum ini menuntut ganti rugi RM200,000 daripada setiap seorang.

Umno 200k jer, Yang nak kena saman dengan PKR lagi yahudi. Ini kisah PKR : 

Chean Chung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata, setiap wakil rakyat terbabit perlu membayar sebanyak RM10 juta sekiranya dipecat sebagai ahli, melompat ke parti lain atau meninggalkan parti tetapi kekal sebagai calon bebas.

Pembayaran itu perlu dilakukan dalam masa tujuh hari selepas seseorang wakil rakyat keluar atau dipecat daripada parti.

PKR sedang berbincang dengan peguam untuk mengumpul semua maklumat yang relevan mengenai wakil rakyat yang berpaling tadah.

Seramai 12 wakil rakyat terbabit terdiri daripada sembilan ahli Parlimen dan tiga ADUN.

Ahli Parlimen yang terlibat ialah : 
1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak);
2. Zuraida Kamaruddin (Ampang); 
3. Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), 
4. Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), 
5. Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), 
6. Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), 
7. Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat); 
8. Ali Biju (Saratok) dan 
9. Willie Mongin (Puncak Borneo).

Tiga ADUN pula ialah : 
1. Hilman Idham (Gombak Setia); 
2. Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan 
3. Chong Fat Full (Pemanis).


Post a Comment

0 Comments