Ini masa malaysia mengatur semula ekonomi, ini masa malaysia melihat semula kebergantungan kepada pendatang asing, ini masa malaysia menilai semula kebergantungan kepada barangan import, ini masanya malaysia memupuk semangat kendiri rakyat malaysia. Ini masa bla bla bla...
Sektor pemakanan kita terlalu bergantung kepada barangan import.
Rakyat malaysia sendiri mengagungkan barangan import.
Rakyat malaysia sendiri menindas sesama sendiri sekiranya mereka melihat jiran sebelah nak maju.
Rakyat malaysia sendiri lebih suka duduk dirumah dan menunggu duit bantuan kerajaan yang mampu membuatkan mereka terus melepak untuk tik tok, tweet, fbookers & gosi0 sampai lebam.
Rakyat malaysia meminta gaji minima yang tinggi dan dijadikan modal politik setiap kali pilihanraya. Hasilnya, pendatang asing menjadi taruhan dalam pelbagai sektor perkilangan hari ini.
Malaysia masih lagi mempunyai cara untuk tangani masalah ini. Dengan cara memecahkan semua sektor kepada semua negeri. Tidak lagi tertumpu kepasa negeri emas seperti penang, johor dan selangor.
Tetapi itu semua mungkin khayalan sekiranya politik tamak rakus masih berterusan.
0 Comments