Hallu Pulis... Hallu Bersih.. Hallu Lid


Hello pulis. Mana BERSIH?

Mai siasat orang ini. Dia langgar undang-undang pilihanraya sebab masih berkempen pada hari mengundi.

Dulu Polis dan SKMM zaman Gagalkrasi PH bukan main-main nak siasat saya setelah BERSIH buat laporan polis menuduh saya melanggar akta pilihanraya kerana saya telah membuat satu hantaran di laman Facebook saya pada pukul 7 pagi iaitu sebelum peti undi dibuka pada hari mengundi PRK Sungai Kandis.

"Polis dijangka memanggil bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat berhubung status Facebooknya yang berkempen pada hari mengundi sewaktu pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

Ketua Polis Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat perkara itu.

"Siasatan masih dalam tindakan. Semua yang terlibat akan dipanggil masa terdekat. Hanya menunggu pengesahan dari SKMM mengenai beberapa perkara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosly mengulas dakwaan Jawatankuasa Pemandu BERSIH  hari ini bahawa pihak polis bertindak berat sebelah berhubung laporan mengenai kesalahan pilihan raya yang dilakukan Najib."

1 Okt 2018: Polis akan panggil Najib berkenaan status Facebook
https://www.malaysiakini.com/news/445529

Sekarang Lid buat lagi teruk iaitu berkempen semasa proses mengundi tengah berjalan semalam, BERSIH senyap pula.

Jgnlah terlalu nampak sangat berat sebelah, BERSIH.

Ini link posting Lid: https://www.facebook.com/38348181435/posts/10157356479906436/

P.S. Parti PAN menang berapa kerusi di PRN semalam, Lid?

Post a Comment

3 Comments

  1. sudah dikuburkan pun olih rakyat sabah

    ReplyDelete
  2. Hoi bodoh, sudahlah bermain politik semasa covid ni! Tengok apa dah jadi kes covid19 naik mendadak kerana PRN Sabah. Bodoh punya kerajaan PN yidin masih nak main politik hingga garis panduan kesihatan KKM pun dilanggar. Apa Dr Hisham boleh buat bila orang politik bodoh gelojoh kuasa lebih pentingkan diri drp kesihatan rakyat jelata!!

    ReplyDelete
  3. harapan agar pemimpin yg positif covid muhasabah agar bertaubat dan jadi pemimpin yang mengikut acuan Islam sebelum AJAL menjemput

    ReplyDelete