Ratu Gedik - Sek Kito Keno Rigak Doh!!!

Keasyikan lebih 20 pengunjung pusat karaoke dangdut berhibur dan melayan perasaan terusik apabila pihak berkuasa melakukan serbuan di premis berkenaan menjelang tengah malam tadi.

Lokasinya merupakan sebuah restoran yang terletak di pinggir Kota Bharu. Mereka yang ada dalam premis tersebut terdiri daripada 11 lelaki dan 12 wanita yang sedang mengikuti satu pertandingan nyanyian.

Seorang daripada lelaki terbabit juga merupakan bekas peserta siri realiti televisyen. Pertandingan nyanyian itu pula turut disertai wanita warga emas sudah bergelar nenek.

Berdasarkan hadiah hamper yang disediakan penganjur, ada beberapa kategori disediakan, termasuk Ratu Gedik, Ratu Dangdut dan Penyanyi Lelaki Terbaik. Difahamkan artis program realiti TV itu dibawa khas oleh penganjur untuk menjadi juri pertandingan karaoke berkenaan.

Semua individu berusia 35 hingga 65 tahun itu dikompaun di bawah Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Empat wanita dikenakan tindakan oleh Jaheik kerana berpakaian tidak sopan serta tidak menutup aurat.







Post a Comment

0 Comments