Ambil Iktibar.... Tapi Orang Politik Mana Faham Kan?

“Ambil iktibar atas apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16”.

Beberapa penganalisis politik yang dihubungi Bernama berkongsi pandangan yang sama apabila diajukan soalan, sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih mahu diadakan dalam tempoh terdekat.

Kata-kata mereka itu sudah tentunya menjurus kepada perkembangan mutakhir penularan kes positif COVID-19 di negara ini.

Semalam Isnin 5 Oktober, Malaysia mencatat sebanyak 432 kes baharu COVID-19 (429 kes penularan tempatan dan 3 kes import), angka tertinggi sejak wabak koronavirus itu melanda negara ini. Jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept , setakat ini sebanyak 235 kes.

Trend peningkatan tiga angka kes baharu ini sudah tentunya mencemaskan rakyat khususnya. Untuk rekod, kes baharu COVID-19 semakin ketara tinggi sejak beberapa hari lalu, iaitu seperti berikut:- 293 kes (4 Okt), 317 kes (3 Okt), 287 kes (2 Okt), 260 kes (1 Okt),

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah pada sidang media Jumaat 2 Okt 2020 berkata trend peningkatan inilah yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khuatiri dan peringatkan semua pihak.

Beliau juga mengingatkan jumlah kes positif baharu tertinggi 287 yang dicatat pada 2 Okt itu meletakkan Malaysia di peringkat awal gelombang ketiga penularan COVID-19 di Malaysia.

Angka tertinggi pernah dicatat sebelum ini adalah pada 4 Jun lepas iaitu sebanyak 277 kes baharu dan penularan dalam kalangan warganegara tempatan hanya empat, berbanding dengan kes-kes yang direkod akhir-akhir ini.


Utama kebajikan rakyat

Meskipun peningkatan kes yang berlaku ketika ini bukanlah semata-mata berpunca daripada mereka yang pulang dari PRN di Sabah, namun setiap anggota masyarakat terutama pemimpin politik diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan umum.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata golongan itu perlu bersikap rasional dan meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan berbanding agenda politik masing-masing.

“Mengadakan pilihan raya apatah lagi PRU15 dalam tempoh terdekat ini hanya akan mengundang pelbagai risiko walaupun garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) mengenai kempen dan proses pengundian ditetapkan.

“Walaupun PRN Sabah bukanlah satu-satunya penyebab kepada berlakunya peningkatan kes COVID-19 yang kembali menjadi kerisauan rakyat, namun tidak boleh dinafikan terdapat penularan kes yang berlaku disebabkan mereka yang terlibat dengan PRN berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah, kos perbelanjaan untuk PRU15 juga antara yang perlu diambil kira lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang berhadapan bebanan kewangan yang wujud disebabkan pandemik ini.

“Tekanan kewangan yang wujud akibat pandemik ini menuntut perbelanjaan yang lebih berhemah. Peruntukan perlu disalurkan antaranya menjaga kebajikan rakyat dan merancakkan kembali aktiviti ekonomi domestik negara,” katanya.

Negara belum 'bersedia'

Mengulas perkara sama, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata kes-kes tinggi COVID-19 yang melanda negara ketika ini menunjukkan negara ‘belum bersedia’ untuk berhadapan PRU15.

Ini kerana, katanya, sebarang pilihan raya akan menyaksikan rakyat dan pemimpin ‘turun padang’, berhimpun dan berkempen untuk parti masing-masing di samping akan berlakunya pergerakan rentas negeri dan sempadan bagi tujuan pengundian.

“Penjarakan fizikal dan mengelakkan bersentuhan antara satu sama lain adalah merupakan perkara yang amat sukar untuk dilakukan terutama ketika menjalankan aktiviti kempen pilihan raya. Kegagalan melaksanakannya akan mendedahkan masyarakat kepada penularan pandemik COVID-19. Itu belum diambil kira SOP-SOP lain yang turut diabaikan.

“Setiap anggota masyarakat harus mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada PRN Sabah baru-baru ini. Bukan sahaja mereka yang terlibat berkempen yang dijangkiti pandemik ini, bahkan ahli keluarga terdekat dan orang sekeliling turut menerima akibatnya terutama apabila terdapat golongan yang mementingkan diri dan tidak melaksanakan kuarantin kendiri.

“Untuk itu, PRU15 wajar ditangguhkan ke suatu tarikh yang ketika itu negara dan keselamatan rakyat dapat dipastikan dalam keadaan baik dan terkawal daripada krisis pandemik COVID-19,” tegasnya.

Sudut perlembagaan

Dalam pada itu, menyentuh dari aspek perlembagaan, Nik Ahmad Kamal berkata selagi Parlimen tidak dibubarkan maka tidak timbul isu mengenai PRU15, walaupun ada pihak yang sengaja membangkitkan isu berkenaan.

Beliau menjelaskan, apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen (sekiranya beliau telah hilang majoriti di Dewan Rakyat), maka Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen atau tidak.

Jika Baginda membubarkan Parlimen, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Parlimen dibubarkan, mengikut peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

“Sungguh pun begitu, bagi mengelakkan berlakunya PRU, maka krisis politik adalah perkara utama yang perlu dielakkan kerana ia boleh membawa kepada pembubaran Parlimen.

“Setiap ahli dan parti politik hendaklah mengambil kira kesan pembubaran Parlimen (sekiranya berlaku) ketika pandemik COVID-19 masih dalam keadaan tidak menentu dengan jumlah kes yang semakin meningkat.

“Jadilah pemimpin yang matang… sebarang agenda gerakan parti politik yang boleh menyebabkan Parlimen terbubar perlu difikirkan dengan lebih mendalam demi kepentingan rakyat dan negara terutama ketika negara sedang fokus berjuang menentang pandemik ini,” katanya.

Malaysiakini

Post a Comment

11 Comments

  1. Tak payah pru15 dulu...
    Bagi jer pada nuar klu dia 'yakin' cukup majoriti mp yg sokong dia.
    Covid19 dah makin meningkat krn kebangangan piee bedol.
    Kesian dgn nuar nak merasa jadi peeM9.
    Klu buat pru15 gerenti kalah phanceng dan nuar bakal peeM tepi sampai mati...
    Bagi jer nuar jadi peeM sblm pru15 yg sebenar agar covid19 tak merebak angkara prn sabah.
    Sekurang2nya merasa juga nuar...hihihi

    ReplyDelete
  2. Tak pon bagi dgn piee bedal jadi peem9....kihkihkih
    Dia dah bukan km kerajaan katak sabah....kihkihkih

    Dah tahu covid naik di sabah tapi bangang nak juga buat prn. Dgr sangat kata kawan2 bangang dlm phanceng....mana tidak!
    Tengok...kes makin meningkat berbanding dulu.
    Asal datang dari sabah macam datang dari wuhan persepsi raykat.
    Bangang betul piee bedal dan rakan2 phancengnya!!!!

    Serah jer kerajaan kalau sah cukup majoriti.

    Anwar!?!?
    Kalau rasa cukup majoriti...bagi jer dia merasa sebelum pru15. Bukan lama pon dpd raykat dihantui oleh ketakutan kes covid yg makin meningkat.
    Anwar, hang ada majoriti cukup ka?!

    Kihkihkih...

    ReplyDelete
  3. Semuanya angkara cilaka piee apdal yg sanggup mati dpd serah kuasa walaupun dah hilang majoriti.
    Buka mata piee oii!!!
    Bukan ko yg mati...rakyat yg mati krn kerakusan ko!!!
    Cilakak!!!
    Baik ko mati terus!!!

    ReplyDelete
  4. Bila dah nak kuasa dgn duit.ini lah jadinya.bangang punya ahli politik.semoga Malaysia dpt dipimpin oleh orang yg betul2 jujur Dan amanah.bekerja untuk rakyat.yg menjadi suri tauladan pd masyarakat.buanglah muka2 yg sama,yg dah tua,yg takda kualiti.ramai lagi cerdik pandai jujur Dan amanah dalam masyrakat.macam dah takda rakyat malaysia ker yg layak Jadi pemimpin?Ni asyik2 mahathir,najib,bung mokhtar,hadi awang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan masukkan pelakon video besi dlm senarai bakal pemimpin negara . Buat malu raykat...

      Delete
  5. angkara ph, semua ahli2 politik terpalit kerana tak puas hati kononnya rampas kuasalah, mencabul mandat rakyat, tak dapat majoritilah, last2 prn sabah memang sah ph memang tak ada majoriti. macam mana pun nasi sudah jadi bubur, terpaksalah berdepan civid-19, puak2 ph sadarlah diri jangan persalahkan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak covid19 serang negara...puak dlm phanceng berebut kuasa sesama mrk sampai negara tak terjaga.
      Pelancung negara wabak dibenarkan dtg beramai2 dgn jumlah dianggarkan melebihi 1juta org. Malah diberi visa tanpa had.
      Apabila raykat risau...dikecam serta disindir oleh bekas2 menteri phanceng dgn panggilan koronapalatau.Malah ada yg didakwa dan dipenjara angkara meluahkan rasa takut dan risau.

      Prn sabah. Dah disarankan jangan bubar dun dan serah jer kerajaan krn hilang majoriti dan kepercayaan kpd km sapiee apdal tapi dia sanggup mati dpd menyerahkan kuasa wlpun ketika itu kes covid19 di sabah ternyata tinggi.
      Bubar dun dgn sokongan penuh pemimpin2 phanceng dari malaya.
      Gerenti akan ada bahana apatah lagi ngo serta pemimpin2 phanceng mendesak mrk yg positif dibenarkan mengundi dan pemimpin mrk yg berkempen tak perlu dikuarantin krn dikatakan menyekat kebebasan bersuara.
      Apa dah jadi?
      Tamak haloba tanpa peduli nasib rakyat.

      Skrg anwar ibrahim pulak yg ingin melakukan perkara yg sama. Sabar dan simpatilah dgn rakyat di kala covid19 dgn gelombang ke3 nya.
      Jika benar2 cukup majoriti dan serahlah pada parlimen menentukannya. Itu pun jika anwar ada sokongan majoriti. Selama ini rakyat sedar anwar adalah pakar dlm bab menipu. Cuma dia kurang berjaya meyakinkan rakyat berbanding mahdey dlm bab spekulasi dan penipuan.

      Jika benar...serah jer kuasa dgn anwar. Biar dia merasa berkerajaan dan duduk di pejabat pm sebelum parlimen bubar secara automatik sblm pru15.
      Andai ada keikhlasan dan kejujuran mgkin dapat bertahan tapi kalau sebaliknya....mgkin itulah yg terakhir slps 22bulan.

      Delete
  6. Semua yg komen di atas serta penganalis kangkong akan mengatakan SEBALIKNYA jika yg nak rampas kuasa tu puak yidin dan gerombolannya dan yg nak ditumbangkan kerajaan pilihan majoriti rakyat! Pergi mampus dgn covid asalkan kerajaan melayu yg ambil alih, walau pun majoriti tak cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa bodoh bangang suruh letak jawatan sampai mat sabun tak merasa pencen menteri?!!

      Delete
    2. Majoriti??!!

      Kalau anuat cukup majoriti kenapa tak bawa ke parlimen. Atok kau sendiri sangsi dgn kenyataan dia.
      Pergi mampus lah dgn angka majoriti korang!!
      Janji manifesto lagi kena kencing. Setakat angka karut anuar tu...haktuiihhhh!!!!

      Delete
    3. ada orang ANONYMOUS nama diberi menyatakan 'Semua yg komen di atas serta penganalis kangkong', tapi sendiri masih tak paham mengapa kerajaan baru terpaksa diberi mandat olih agong apbila negara sudah tiada lagi kerajaan untuk menjaga negara, cuba tenangkan fikiran siapa jatuhkan siapa bukankah tangan2 sendiri yang buat roboh, bila dah roboh mana ada lagi kerajaan pilihan majoriti rakyat, terpaksalah mewakili rakyat melantik mandat baru

      Delete