Kepala Dipenggal ! ! !

Seorang guru dipenggal lehernya di luar sebuah sekolah selepas memaparkan kartun yang merujuk sebagai Nabi Muhammad, semalam.

Serangan dilaporkan berlaku di kawasan barat daya 30 kilometer dari bandar ini pada jam 5 petang waktu tempatan berhampiran sekolah tempat guru terbabit mengajar di Conflas Saint-Honorine.

Kawasan kejadian ditutup dan unit pengesan bom turut dihantar ke lokasi kerana suspek dilihat memakai jaket dipercayai mengandungi bahan letupan.

Polis berkata, mangsa adalah guru sejarah yang dilaporkan memaparkan kartun dikatakan wajah Nabi Muhammad untuk dibincangkan di dalam kelas ketika mengajar kebebasan mengeluarkan pendapat.

Pelakunya yang identiti belum dikenal pasti ditembak polis ketika cuba ditahan dan maut akibat tembakan.

Sumber polis melaporkan penyerang melaungkan 'Allahu Akbar' ketika cuba ditahan polis.

Sementara itu, seorang ibu bapa murid di sekolah itu mendakwa guru terbabit mungkin menimbulkan kontroversi dengan meminta murid beragama Islam meninggalkan kelas sebelum menunjukkan kartun.

"Menurut anak saya, dia sangat baik dan ramah," kata ibu bapa, Nordine Chaouadi.

"Guru itu hanya berkata kepada murid beragama Islam - "Tinggalkan kelas, saya tidak mahu ia menyakitkan perasaan anda". Itulah yang diberitahu oleh anak saya," katanya.

Pendakwa anti-keganasan Perancis berkata, mereka menyifatkan serangan itu sebagai 'pembunuhan yang berkaitan dengan organisasi pengganas'.

Presiden Emmanuel Macron menyifatkan insiden menimpa guru terbabit sebagai serangan pengganas Islam. - AFP

Post a Comment

1 Comments

  1. tunggu berita selangkapnya apakah motif guru tersebut, walaubagai mana pun ia satu sikap yang sungguh tidak wajar

    ReplyDelete