Ramkarpal Singh menyuarakan kritikan pedas terhadap Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung cadangan agar bekas perdana menteri itu kembali mengetuai pentadbiran negara untuk kali ketiga.
Tanpa berlapik, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu menyalahkan tindakan-tindakan Mahathir di masa lalu sebagai punca keadaan semasa negara, dan menyuarakan kekesalannya kerana pernah bekerja dengannya di bawah PH.
"Saya menyesal bekerja dengan anda. Andalah sebab mengapa negara ini (dalam keadaan seperti ini) sekarang. Andalah sebab mengapa negara ini perlukan pembaharuan."Dan hari ini anda kata anda nak 'selamatkan negara? Anda adalah orang terakhir yang mampu melakukannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramkarpal mengulas cadangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) - yang diasaskan Mahathir - agar Mahathir menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sehingga PRU15.
Menyampaikan keputusan jawatankuasa penaja Pejuang di Facebook, setiausaha politik Mahathir, Abu Bakar Yahya berkata:
"Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan."
Selepas keruntuhan pentabdiran PH Mac lalu, gabungan itu mendakwa ia mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang cukup untuk kembali menubuhkan kerajaan.
Bagaimanapun keputusan tidak dapat dicapai berhubung siapa yang akan menjadi perdana menteri.
Di tengah-tengah kebuntuan antara Mahathir dan Presiden PKR Anwar IBrahim, DAP dan Amanah menyuarakan sokongan terhadap cadangan agar bekas pengerusi Bersatu itu sekali lagi mengetuai kerajaan.
DAP dan Amanah juga kemudiannya menyokong cadangan Mahathir agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri. Cadangan itu ditolak Anwar.
Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng - yang menggesa Muhyiddin untuk fokus dalam usaha menangani wabak Covid-19 berbanding kemelut dalam Perikatan Nasional - memilih untuk menghindari isu berkenaan pendirian DAP.
"Saya diminta oleh media untuk memberi komen tentang pendirian DAP mengenai perkembangan politik semasa berikutan perpecahan PN dan parti-parti komponen kerana tidak berpuas hati dengan kelemahan perdana menteri dalam menangani krisis kesihatan Covid-19."Namun, tidak ada keperluan untuk menyatakan atau mengulangi pendirian parti ketika orang awam mendambakan kerajaan yang bertanggungjawab kepada kepentingan negara dan rakyat, bukannya hanya untuk survival individu dan politik mereka sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Ramkarpal membangkitkan bagaimana Mahathir meletakkan jawatan pada awal tahun ini tanpa berbincang dengan pimpinan PH serta janjinya agar Anwar menggantikannya.
"Dia letak jawatan sebagai perdana menteri. Dia kata ini kerana dia dikatakan tidak lagi ada majoriti pada masa itu...Dia tidak peduli untuk berunding dengan kerajaannya atau Kabinetnya. Dia buat mengikut caranya sendiri."Kini dia nak jadi perdana menteri sekali lagi. Sebagai warga Malaysia saya bertanya pada diri sendiri, adakah tiada orang lain?"Adakah kita akan lantik orang sama yang berjanji kepada negara yang dia akan serahkan baton kepada Anwar tetapi hari ini memberitahu kita dia tidak sesuai untuk negara?"Mengapa beritahu kami jika anda pada masa itu fikir dia (Anwar) sesuai? Untuk raih undi?" soalnya lagi.
Ramkarpal juga membangkitkan tindakan lampau Mahathir, terutama ketika pertama kali menjadi perdana menteri, termasuklah penangkapan pengkritik kerajaan.
Dia juga berkata Mahathir menjanjikan sejumlah pembaharuan sebelum PRU14 tetapi kemudian berkata janji itu dibuat ketika dia tidak menjangka akan menang.
"Dulu saya percayakannya."Hari ini dia benar-benar mahukan kerajaan tanpa Anwar, dan ia membangkitkan persoalan: Mengapa anda berbohong pada masa lalu dengan menjanjikan jawatan (perdana menteri) kepadanya?"Saya hormat apa yang anda lakukan pada masa lalu. Anda musnahkan sistem kehakiman, penjarakan ramai orang kerana mereka menentang anda. Masih ingat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?" katanya lagi.
4 Comments
Mahdey tak pernah nak percaya org lain kecuali legasinya...anak,proksi dan kroninya.
ReplyDeleteSetakat banjingan kurap bekas2 musuhnya yg cuba mengawal pergerakannya dlm phanceng...korang akan dpt taik!!
Mahdey bukannya bodoh mcm gone end atau mat sabun. Apatah lagi gelojoh mcm anwar. Dia bijak wlpun menghadapi sedikit masalah kenyanyukan. Bijak dia makin bertambah kalau sesuatu itu menguntungkan legasinya.
Selama ini mahdey hanya nak gunakan korang dan tiada istilah 'selamatkan malaysia' dlm hatinya. Yg ada adalah 'selamatkan projek juta2 legasi' nya yg lama terjejas setelah cuba dikawal dan diruntuhkan oleh paklah dan najib sblm ini.
Nak serahkan kuasanya kpd anwar mmg jauh sekali umpama menyerah kuasa kpd org yg tak memberi keuntungan kpd legasinya.
Skrg kalau ada mangkuk yg bercadang menjadikan tun mangkuk sebagai peeM kali ke3 memang sah mangkuk!!!
Dan sekali lagi legasi anwar kena game. DAP kena game. xmustahil lepas ni pejuang join muafakat nasional.
DeleteAlasan sebab DAP, demi melayu islam.
Hidup daddykasi!
Anwar - PM in waiting sampai 2050.kikikiki
ReplyDeleteMahathir memang bijak. Dia bijak guna kepercayaan orang kpd dia untuk berlaku khianat. Orang putih panggil orang mcm ni SCUM. Kecuali beberapa kerat pimpinan PH yg bodoh, siapa lagi penyokong/pengundi PH akan percaya kpd dia. Tengok keputusan PRK Tanjong Piai dan Slim.
ReplyDelete