Polis memaklumkan Jabatan Peguam Negara tidak akan menuduh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang dikritik dan dikompaun selepas dikatakan tidak kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, pada sidang media hari ini berkata polis dimaklumkan tiada tindakan lanjut akan diambil, atas alasan, dari sudut keterangan, didapati tiada borang arahan kuarantin diberi kepada pemimpin PAS itu.
“Berdasarkan keterangan tersebut maka Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap menteri,” katanya.
“Ia memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342),” katanya pada sidang media, hari ini.
Borang 14B diberi mengikut Seksyen 15(1) Akta 342, yang memberi kuasa kepada pegawai dilantik untuk memerintahkan seseorang menjalani pengawasan dan pemerhatian.
Kementerian Kesihatan pada Ogos mengenakan kompaun RM1,000 ke atas Khairuddin, yang didapati melakukan kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) bawah akta sama.
Pemimpin PAS itu pulang dari Turki pada 7 Julai dan beberapa hari selepas itu menyertai sidang Parlimen.
Mengikut Akta 342, semua individu yang baru tiba dari luar negara sama ada warga negara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.
2 Comments
dia punya geram sampai tak sedar diri, hampir2 nak gantung diri nasib malang tali tak cukup panjang, ini perangai puak desparado, dengar2 pru15 nanti nak jadi issue bahan kempen
ReplyDeleteBoleh ka percaya Pas nak laksanakan hukum hudud? Orang kuat Pas jika didapati bersalah melanggar hudud akan berusaha melepaskan dirinya sedangkan orang biasa tanpa kedudukan akan segera dihukum. Ingat pesanan Rasulullah saw tentang kaum yahudi dan perlaksanaan hukum Taurat.
Delete