Mesyuarat Tergempar KABINET

KABINET akan mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dijadualkan bermula pada pukul 11.30 pagi Isnin.

Mesyuarat itu dijangka membincangkan mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.

Difahamkan, pemimpin-pemimpin parti Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) akan mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri sebelum pertemuan tersebut.

Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut dilihat memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Umno diwakili oleh Tan Sri Annuar Musa, yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dalam mesyuarat itu.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga setiausaha agung Perikatan turut dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra.

Ia merupakan mesyuarat khas Kabinet kedua diadakan hanya dalam tempoh beberapa hari.

Mesyuarat pertama adalah pada Jumat lalu di mana diputuskan untuk memohon Yang di-Pertuan Agong untuk pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.

Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah berpendapat bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia

Post a Comment

8 Comments

  1. ada hikmahnya.
    buatlah yang terbaik bermuafakatlah diantara komponen kuasa itu satu kurnian dan ujian tapi allah tak akan pandang orang yang gila kuasa dan meminta2 kuasa diberikan kapadanya pada hal dia tidak ada memberi apa2 sumbangan melainkan merebut kuasa. sekaranhg jemaah menteri tumpukan sepenuh usaha untuk memerangi covid dan pilihkan ekonomi, jangan ambil peduli kata2 ahli politik melainkan kata2 itu ada memberi menafaat kepada agama, negara dan rakyat. kata2 yang tidak memberi apa2 manafaat buang saja dalam tong taik atau tong sampah.

    NOTA: jika terlalu ambil peduli kata2 orang terutama ahli2 politik pembangkang tak manafaat akan mengganggu konsentrasi pekerjaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awak tak ada majoriti macam mana boleh kekal jadi kerajaan? Nak pastikan ada majoriti senang saja. Panggil parlimen bersidang dan adakan undi tak percaya. Jika awak dapat majoriti awak boleh terus memerintah tanpa gangguan. Kenapa tak berani adakan undi tak percaya? Tak perlu guna kuasa speaker utk menghalang. Nak beli wakil rakyat pun bukan tak biasa. Duit kan berlambak. Kuasa pun ada. Polis atau sprm pun tak akan usik. TAKUT APA?

      Delete
    2. Darurat dah ditolak. Kalau muhyiddin letak jawatan,sekali lagi malaysia bakal berdepan situasi getir. Sekiranya anwar tidak mempunyai majoriti seperti yang dinyatakan, semestinya pentadbiran negara akan diheret dengan kemelut politik teruk.

      Delete
  2. Muhdin letak jwtn...kerajaan akan bubar maka berlaku lagi drama atok2.0.
    Rasanya anwar tak berkemungkinan dpt majoriti spt yg digembar-gemburkan.
    Akhirnya ydp agong terpaksa pilih baru pemimpin.

    Terbaik adalah pru15 tapi situasi pandemik masih teruk utk pilihanraya.Nak buat pru15, maka salah menyalah akan berlaku.

    Inilah puncanya bila menang pru14 bukan utk membela nasib raykat. Mggunakan fitnah utk menghancurkan lawan.
    Nampak macam suatu sumpahan laknat kpd wawasan 2020....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu yakin sangat Anwar tak ada majoriti kenapa takut nak adakan undi tak percaya? Kau menang kau perintah la. Berani kerana benar.

      Delete
    2. kalau betul anwar ada majoriti, dedahkan jer. Dah sekarang kata muhyiddin dah tak kuat. tak dapat sokongan. So dedahkan jela..

      Delete
  3. Siapa menteri yg jaga penjara? Klu di negara MAJU, dgn peningkatan teruk bilangan dan kluster covid di penjara, dia punya menteri dah kena singkir SACKED

    ReplyDelete