MP Otak Tahi - Sila Duduk Dalam Tong Sampah!

Berhenti berebut kuasa wahai politikus. Berhenti meminta tarikh daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dengan niat untuk menukar kerajaan. Berhenti. Jeda. Amaran ini bukan untuk kamu satu orang tetapi juga untuk kamu yang mengancam rakyat dengan rotan. Untuk kamu semua, mengerti?

Sekarang, selepas jeda; kamu semua wajib duduk semeja. Jika kalian, ahli politik tua 70-an yang meniti hari-hari untuk mati masih tidak mahu duduk semeja: Maka kalian boleh jalan. Pintu keluar untuk kalian. Pergi main golf jauh-jauh di Desaru. Yang kleptokrat dan berderet kes mahkamah sila juga diam. DIAM. Kalian tidak diperlukan. Kalian mengaibkan negara. Kalian mengecewakan kami.

Di Ukraine, rakyat menunjukkan isyarat jelas; kalau ahli politik terus main taik, maka mereka boleh dihumban ke dalam tong sampah. Pada 17 September 2020 lalu rakyat Ukraine beramai-ramai mendorong politikus Vitaly Zhuravsky ke dalam tong sampah besar. Kalau tidak mahu duduk semeja dan memikir masalah rakyat, sila masuk dalam sampah. Sambil melakukannya, rakyat berteriak, “Kami menghuni negara yang darah sedang tumpah kerana kamu.”

Ahli politik harus berhenti main politik. Bukan harus, wajib. Rakyat sedang nanar kehilangan pekerjaan. Rakyat sedang menggelupur berdepan dengan dunia yang sama sekali berbeza. Kalau kalian ahli politik tidak mahu memikirkan perihal kami rakyat, kalian boleh keluar. Masuk tong sampah lebih baik.

Kami, rakyat mahu politikus yang negarawan. Yang boleh duduk semeja ketika krisis. Yang memikirkan urusan rakyat tanpa memilih-milih. Tanpa main politik. Berhenti main taik. Berhenti main politik kotor. Politik urusan untuk memberi khidmat kepada kami rakyat. Bukan berebut kuasa utnuk mengisi jawatan menteri atau GLC.

Jadi jika kalian betul ingin bekerja untuk kami rakyat, sila duduk semeja. Dan sekarang dengar. Negara ini memerlukan satu gerakan damai dari terus runtuh dan roboh, faham? Mengerti?

Kita sedang berperang. Covid-19 musuh kita. Apabila saya menggunakan ganti nama kita, ia bermaksud semua – kita – tanpa mengenal warna kulit, jantina, kepercayaan, dan faham politik. Kerja kita harus terpusat kepada satu; menumpaskan musuh yang tidak dapat kita lihat iaitu Covid-19. Seruan jeda, atau gencatan, boleh juga digunakan istilah pause. Ia seruan yang murni dan bijak. Ia seruan tidak beremosi yang matang.

Pada 3 April 2020, kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN) mengumumkan tindakan gencatan senjata. Ia adalah sesuatu yang janggal dilakukan memandangkan mereka biasa berjuang. Namun niat BRN itu jelas, agar akses bantuan perubatan dan kemanusiaan buat penduduk di wilayah yang terjejas akibat Covid-19 dapat dilakukan. BRN, dalam kenyataan mengumumkan pandemik Covid-19 yang meragut beberapa nyawa di wilayah Patani “musuh utama umat manusia”. BRN percaya diri mereka sebagai “pelindung kepada Negara Patani”, justeru “kesusahan yang dihadapi penduduk di Patani” ekoran krisis politik tidak terus diburukkan lagi dengan operasi melawan yang tidak kunjung henti.

Ini pilihan dan keputusan matang, nampak tak wahai politikus?

Kemudian, pada 27 Mei 2020 lalu, di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, menyeru kepada jeda, gencatan, atau pause agar semua pihak bertikai kembali kepada satu tekad. Iaitu tekad moral untuk melindungi warga sivil khususnya mereka yang tersepit di wilayah konflik memandangkan musuh utama untuk semua manusia yang sedang bertikai ini adalah wabak Covid-19. Indonesia misalnya melihat wilayah seperti Yemen yang kian dilutu dan dirotan Arab Saudi sebagai bernasib malang memandangkan ia terkapai-kapai perlu melawan Covid, tetapi dalam masa yang sama juga lelah melawan taburan peluru.

Mengerti? Faham?

Di Malaysia, kita juga berdepan dengan kemelut yang tidak kunjung henti. Kemelut yang dimaksudkan adalah perebutan kuasa politik. Mandat rakyat pada 2018 yang memberikan kuasa kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk menghukum kleptokrat dirampas oleh segelintir politikus tamak. Langkah Sheraton dilakukan tanpa segan silu di tengah-tengah wabak Covid-19 yang sedang mendera. Tidak cukup itu, sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan dilonggarkan, perebutan kuasa di Sabah pula berlaku.

Tindakan sesetengah polikatak mengubah parti mendorong pembubaran Dewan Undangan Negeri yang menghasilkan pertempuran sengit. Malang sekali pertempuran sengit itu tidak menjanjikan kelebihan dan kebaikan yang diimpikan kerana wabak Covid-19 menular dengan demikian pantas. Berapa angka kes hari ini? Berapa? Kalian politikus suka nak tengok kami rakyat mati?

Jadi jika kalian betul ingin bekerja untuk kami rakyat, sila duduk semeja. Dan sekarang dengar. Negara ini memerlukan satu gerakan damai dari terus runtuh dan roboh, faham? Mengerti?

Kalau kemaruk main golf sila ke tepi, kalau kemaruk kumpul angka untuk bentuk kerajaan agar dapat jadi PM juga sila ke tepi. Kami rakyat tidak berminat untuk meletakkan mana-mana politikus di atas kerusi menteri agar kami kian ditindas dan tidak dipeduli.

Negara ini memerlukan pembetulan selepas Langkah Sheraton. Untuk itu, mereka yang boleh duduk semeja bukan muka-muka khianat tetapi muka-muka yang memang ingin mengembalikan kesejahteraan untuk negara.

Ketua negara boleh memanggil sebuah kerajaan – sementara – yang terdiri dari negarawan pelbagai bidang untuk duduk semeja. Mereka ini boleh jadi di luar kerangka politik kepartian. Ini kerana mereka memang mahu membaiki negara, dan menyelamatkan Malaysia dari karam. Kita bukan ketandusan pakar.

Kita sedang berdepan dengan pandemik yang dahsyat. Kita tidak boleh terus bergasak, dan berlumba meraih angka untuk menukar kerajaan dengan rasa dan perasaan betul. Kami, rakyat memerlukan negarawan. Bukan abah. Bukan juga politikus perasan selepas terlepas kapal 3 kali.

Rakyat mahu negarawan. Bukan ahli politik bertengkar saling berbantah. Kami juga tidak mahu penyamun dan penyangak yang telah kami tunjukkan pintu keluar.

Berhenti, jeda, atau pause. Berikan kami hak kami sebagai rakyat, hidup sejahtera dan aman. Berkhidmat untuk kami rakyat. Duduk semeja atau kami buang kalian dalam tong sampah.

Buat sekarang; kerana angka kerusi kamu tidak akan berubah lagi. Yang pasti meningkat ialah angka Covid, jangan tunggu lebih ramai mati.

Faham, mengerti?






Post a Comment

5 Comments

  1. dulu baik2 dapat mandat rakyat bergaduh sesama sndiri kerana tak puas hati sampai sanggup suruh letak jawatan dan serah kuasa kepada seorang ahli perlimen tak buat kerja pun asik2 melobi aku ' i am the one', last2 betul2 letak habis meroyan2 sampai sekarang. begitulah tabiat orang tamak, memang selalu rugilah.
    NOta: nasihat kepada pn, jangan terikut perangai itu

    ReplyDelete
  2. Aku nak pre-empt apa yg bakal berlaku. Oleh kerana dsai kata dia ada penyokong yg cukup, maka dia berhak mengadap ydpa utk menunjukkan bukti. Jika dia benar2 mempunyai sokongan AP yg cukup, dia berhak diangkat sbg PM dan membentuk kerajaan baru krn kerajaan muhyidin tidak lagi mempunyai majoriti. Oleh krn dsai mempunyai majoriti yg sah, satu2 cara yg akan digunakan utk menggagalkan usaha beliau ialah spt yg dilakukan sebelum ini, iaitu tuduhan sodomy. Tak mustahil musuh2 ketat dsai akan guna kaedah yg sama. Tunggu dan lihat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu dan lihat jer setakat mana igauan anwar tu...
      Klu benar...merasalah dia peluang jadi peeM.
      Tapi kalau igauan tahap cinta lobang...makin teruk dia dikecam sebagai bapak penipu dgn mengambil tempat mamak kerala.
      Hihihi....

      Delete
    2. dia ingat jumpa agong dan beritahu ' i am the one' and i got the number, agong terus beritahu kat PM Haji Muhyiddin atas perentah beta, from now on you must surrender your pm post to anuar because dia berhak diangkat sbg PM dan membentuk kerajaan baru krn kerajaan kerano ko, muhyidin tidak lagi mempunyai majoriti dan dsai mempunyai majoriti yg sah, ini bukan cerita katun 'the pussy cat' lah, anuar ko pikirlah procedurenya malas goa nak ulas

      Delete
  3. Biasalah politikus hanya melihat keuntungan dari segi politik tanpa melihat kepada permasalahan rakyat dan negara. Bukti jelas pilihanraya Sabah, hanya sebuah negeri, namun kesannya dirasai seluruh negara, juga disebabkan oleh orang-orang politik. Salah Musa, salah Shafie bukan Yang DiPertua kerana beliau mengikut kuasa yang diperuntkan. Musa yang mengusulkan mempunyai sokongan majoriti dan Shafie ada hak sebagai pemimpin sama ada untuk melepaskan jawatan atau bubar ADUN.
    Begitu juga dengan halnya DSAI Selasa ini, tarikh yang diberitahu oleh beliau untuk mempersembahkan nama-nama dan tentu DYMM Agong akan panggil semua ahli parlimen yang berkenaan. Dan keputusannya Baginda akan memanggil TSMY mengadap dan sama seperti Sabah, beliau ada hak untuk apa bakal berlaku. Semua sudah tahu bahawa UMNO hanya gunakan DSAI untuk TSMY membubarkan parlimen. Sekiranya cara ini akan meruntuhkan sokongan rakyat kepada mereka, sudah tentu peralihan kuasa tidak akan berlaku. End of the story.

    ReplyDelete