Sabah Berdepan Getir Pentadbiran!

Covid-19 No. 7. Pasca PKP bagaimana?

Situasi Covid-19 di Sabah amat serius jika tidak sangat genting. Jika tidak ditangani secara baik boleh menyebabkan krisis kemanusia yang besar. Situasi genting ini dikaitkan dengan beberapa faktor:-

1. Kepimpinan negeri turut dijangkiti dan dikuarantin. Ini boleh memberi kesan yg besar dalam koordinasi dan keberkesanan tindakan kawalan dan penyelarasan sumber negeri.

2. Bilangan kes dalam masyarakat yang terus meningkat, khususnya mereka yang POSITIF COVID DAN BERGEJALA . Mereka ini mudah merebakkan jangkitan jika tidak diasingkan (kuarantin) dengan segera.

3. Keupayaan makmal yang terhad dan bilangan sampel yang tinggi menjejaskan “Turn Around Time” mengeluarkan keputusan. Ini boleh memberi kesan kepada no. 2 di atas. Alat GeneExpert katanya telah di hantar ke Sabah, tapi saya harap tidak ke hospital tapi ke lapangan di mana keputusan segera diperlukan.

4. Masalah geografi dan logistik yang mencabar di Sabah. Sabah negeri yang besar tetapi penduduk yang kecil dan terpencil antara satu sama lain. Pusat pentadbiran Kerajaan yang menguruskan sumber termasuk Pejabat Kawasan/Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah mempunyai kawasan liputan yang tersangat luas. Dengan norma perjawatan yang sama, cuba bayangkan kapasiti Pejabatan Kesihatan Daerah Tawau terpaksa mengurus Covid bagi kawasan seluas Negeri Selangor!!! Di Selangor kita ada lebih 20 pejabat kesihatan tetapi di Tawau hanya satu. Betul kepadatan penduduk Selangor lebih tinggi tetapi kita berhadapan dengan isu kesihatan penduduk yang serius, walaupun bilangan penduduk kecil, tetap wajib dilindungi dan diselamatkan walau beratus kilometer mereka jauhnya berada. 

Seruan Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan sangat bertepatan masa - pihak swasta dan NGO perlu bantu segera. Namun saya juga ingin memberi pandangan berikut:-

1. Aktifkan JK Bencana negeri dan daerah yg dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah jika ini belum dilaksanakan. Laksanakan “Blue Ocean Strategi” dengan mengembeling seluruh sumber negeri dan daerah bagi menanggani Covid berasaskan kepada prinsip “All of Goverment, All of Sector and All of Society Approach”. 

Contoh, Jabatan Kesihatan mungkin sekarang tertekan dengan bilangan kenderaan dan pemandu yang tidak mengcukupi untuk membawa anggota menyiasat, menyaring dan mengawal kes. Bantu mereka dengan mengerahkan jabatan kerajaan dan agensi lain membantu. Kalau sektor swasta nak bantu, lagi bagus. Prinsip pertama dalam kawalan penyakit berjangkit ialah “early detection, early isolation and treatment” dan keperluan logistik ini amat penting. Pada saya keperluan kenderaan yang lasak di Sabah sangat kritikal.

2. Beri keutamaan untuk perkukuhkan barisan hadapan di lapangan seperti Rapid Action Team (RAT), BUKAN di hospital. Ingat, SECANGGIH MANA SESEBUAH HOSPITAL DAN SEHEBAT MANA PAKAR PERUBATAN, tidak akan mampu menguruskan lambakan kes di hospital JIKA BARISAN PERTAHANAN HADAPAN (KESIHATAN AWAM ATAU PUBLIC HEALTH) RUNTUH.  

3. WUJUDKAN PENGESANAN “PASSIVE CASE DETECTION, PCD”. Saya perhatikan elemen ini telah diketepikan dari strategi umum kawalan jangkitan Covid ketika ini. Wujudkan segera definisi kes klinikal Covid dan WAJIBKAN semua doktor primer termasuk swasta melaporkan kes Covid klinikal. Pemantaun kes2 ini oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) boleh membantu menjuruskan “targeted screening” yang lebih tepat. Ingat yang bergejalalah yang berisiko tinggi merebakkan jangkitan. Keluarkan garispanduan diagnosis RTK dan perluaskan penggunaan nya oleh klinik swasta. Saya sejak awal menyaran penggunaan RTK tapi tidak diendahkan. Walaupun ia tidak sesentif RT-PCR, hatta hanya 85% sahaja, ia tetap boleh mengesan sebahagian besar yang dijangkiti untuk diasingkan segera. Saya menegaskan bahawa RTK ADALAH LEBIH KOS EFFEKTIF dalam menanggani situasi sekarang, bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara untuk tujuan PCD. Malah kami di IMU telah menerbitkan strategi pooling bagi RT-PCR bagi meningkatkan lagi keberkesanan kos. Saya difahamkan ia telah digunakan namun pada hemat saya, ia masih tidak menyamai keberkesanan RTK dalam aktiviti PCD secara keseluruhannya. Wajar dipertimbang dengan serius RTK untuk PCD dan Pooled RT-PCR untuk “population targeted screening”.

4. JANGAN SESEKALI “compromise” definasi dan SOP jika itu telah ditetapkan ( walaupun saya tidak semesti bersetuju dengan semuanya). MUSUH PALING UTAMA dalam intervensi kesihatan awam ialah KECELARUAN KEPIMPINAN DAN MASYARAKAT. Apabila masyarakat sudah keliru, apa juga usaha kerajaan akan gagal.

Pakar Perunding Kesihatan Awam

Post a Comment

0 Comments