Adik Najib Bersuara Bidas Isu 1MDB - Skandal Paling Ekstrem!

Bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak menegaskan di Malaysia tidak wujud ekonomi sebaliknya yang ada hanyalah politik ekonomi.

Menurutnya, beliau menyatakan demikian kerana kerap diajukan persoalan tentang ekonomi Malaysia.

Kongsinya, beliau pernah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang ekonomi dan politik secara serentak, namun tidak menyangka kedua-dua bidang itu saling berkaitan dan mempunyai jalinan yang kuat di negara ini.

"Kita mempunyai unsur ekonomi yang luas tetapi sering meletakkan kedudukan atau diri sebagai salah satu pasaran kapitalis bebas.

"Adalah sangat berbahaya untuk anda berpura-pura menjadi sesuatu yang bukan diri anda yang sebenar,” katanya menerusi ruangan kolumnis My Say oleh Nazir Razak bertajuk 'Making a Better Malaysia' di portal The Edge Markets.

Ia juga merupakan petikan ucapan Mohamed Nazir pada forum kepimpinan Alumni Chevening bertajuk 'Making a Better Malaysia' pada 16 November 2020.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazir berkata, beliau juga melihat penglibatan kerajaan amat besar dalam ekonomi negara.
 
Beliau berkata, ia jelas terutamanya dalam aspek penganugerahan lesen dan kuota bermula era pemerintahan British, pelaksanaan dasar tindakan afirmatif era 1970-an sehingga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendominasi 40 peratus permodalan pasaran dana pelaburan saham Bursa Malaysia dan kerajaan menguasai pasaran modal.

"Amalan politik wang yang berleluasa juga sering dilihat mempengaruhi keputusan mengenai peraturan, dasar, perolehan dan tindakan GLC.

"Ia memerlukan pengalaman barisan hadapan untuk melihat sepenuhnya bahawa sistem yang ada banyak penyimpangan dan membawa kerosakan," katanya.
 
Tambahnya, sepanjang karier beliau di CIMB bermula pada tahun 1989, beliau sering berfikir sudah mempunyai pegangan moral yang cukup baik tetapi mengakui pada waktu-waktu tertentu dirinya lebih rela menjadi pelakon.

"Jika saya melihat ada perkara yang bertentangan moral berlaku dalam sistem, saya akan menegur namun kebanyakan waktunya saya lebih banyak bersikap 'ia bukan urusan saya'.

"Rata-rata yang berada dalam sistem tersebut biasanya mengambil pendekatan sebegitu dan sewaktu saya bersuara dan menentang dalam isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), tekanan yang diterima amat tinggi.

“Saya tak mahu bercerita panjang lebar tentang hal tersebut di sini tetapi cukup untuk mengatakan bahawa pemusatan kuasa yang berlebihan di pejabat Perdana Menteri telah memburukkan lagi ketidakfungsian sistemik kerana kurangnya aspek elemen semak dan imbang ke atas pembuat keputusan," katanya.

Mohamed Nazir berkata, isu 1MDB adalah salah satu contoh ketidakfungsian sistemik yang turut disifatkannya sebagai contoh paling ekstrem.

Menurutnya, ia merupakan dana kekayaan negara yang mendapat sokongan kerajaan dan digunakan untuk meraih berbilion dolar untuk projek pembangunan dan pembiayaan politik.
 
Lebih memburukkan katanya, berlaku kebocoran dana secara besar-besaran untuk tujuan jahat.

Selain itu, Mohamed Nazir turut memberi beberapa contoh lain termasuk berkait skandal kewangan model pertama iaitu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku pada awal 80-an.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nazir tolong beritahu abang kamu najib supaya mengaku saja dia dan rosmah bersalah mencuri duit 1mdb. Bersedia masuk penjara sbg hukuman atas kesalahan tersebut. Tok sah dok berdalih lagi kerana Allah tahu.
    Atok pula, mengaku saja hang dah tak ada sokongan. Umur dah terlalu lanjut dan yg sokong Atok cuma khairuddin dan berapa kerat lagi yg berkepentingan diri. Ramai orang dah nampak penipuan dan kemunafikan Atok. Sekali tipu boleh lepas tapi tak ada peluang kedua. Skrg zaman Internet, bukan mudah nak kelentong mcm zaman Atok muda dulu.....

    ReplyDelete
  2. Bawa masuk jho low...jangan disembunyikan dia.
    Kenapa tun m buat kenyataan jika bawa masuk jho low maka akan berlaku peperangan dgn negara yg melindunginya.
    Jho low pula berkata najib yg bersalah. Kalau benar najib bersalah kenapa dia takut utk kembali dan selesaikan kes tersebut di mahkamah negara.
    Majoriti rakyat masih tak puas hati kerana suspek dan saksi utama utama masih gagal dibawa masuk.
    Sekarang timbul khabar angin mengatakan bekas gabenor bank negara bersekongkol dgn jho low utk mengaitkan skandal tersebut dgn najib.
    Kalau jho low seorg yg jujur dan tidak bersalah, dia harus kembali bersama dgn beberapa org lagi berhubung skandal 1mdb.
    Hanya jho low dan beberapa org yg masih dlm pelarian perlu dibawa masuk utk menyelesaikan skandal 1mdb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyataan 'Kenapa tun m buat kenyataan jika bawa masuk jho low maka akan berlaku peperangan dgn negara yg melindunginya', jika ini benar2 kenyataan yang diberi olih mahadhir, sepatutnya pihak polis dan kememterian dalam negeri tak sepatutnya brdiam diri atau sekadar satu kenyataan, kerana ia telah melibatkan maruah negara dan keselamatan negara, mesti disiasat terperinci

      Delete