Semua ahli Parlimen diminta tidak mengadakan sebarang majlis atau berkumpul di kawasan sesak, tidak kira di luar atau dalam bangunan Parlimen sehingga sidang kali ini berakhir pertengahan bulan depan.
Petugas Parlimen dan 222 ahli Parlimen juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 setiap 2 minggu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said membacakan pemberitahuan itu, sebelum Dewan Rakyat mula bersidang hari ini, yang dikeluarkan Speaker, Azhar Azizan Harun selepas menemui Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semalam.
Beliau berkata, jika ahli Parlimen perlu bermesyuarat atau berkumpul secara fizikal, mereka perlu mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan KKM.
Katanya, Hisham turut menasihatkan ahli Parlimen mengehadkan pergerakan mereka di luar Parlimen sepanjang tempoh persidangan.
Beliau berkata, KKM akan melakukan penilaian jika terdapat kes baru Covid-19.
“Perlu diingatkan apa-apa jangkitan di Parlimen mungkin akan menyebabkan bangunan Parlimen ditutup.”
Sidang Dewan Rakyat dipendekkan hingga 1 tengah hari berbanding kebiasaan 5.30 petang, sejak Isnin lalu, susulan kebimbangan penularan Covid-19 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Belanjawan 2021 akan dibentangkan Jumaat ini.
Tempoh perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan masih tidak diketahui selepas kenyataan mendakwa ada kakitangan Parlimen yang positif Covid-19.
Semalam, ketua pentadbir Parlimen mengesahkan 2 kes positif Covid-19 melibatkan seorang petugas media dan seorang pegawai kepada ahli Dewan Negara.
1 Comments
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.