Mahfuz Macam Bagi Hint Jer.. PH Berebut Kerusi Parlimen?

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, menasihatkan pembangkang mencari kesepakatan jika mahu mengekalkan 108 kerusi yang ia miliki sekarang, di sebalik perbezaan pandangan mengenai pembentukan suatu “grand coalition” atau gabungan besar untuk pilihan raya umum ke-15.

Kalau pembangkang tidak mahukan gabungan besar itu, katanya, mereka perlu pastikan parti-partinya tidak bertembung di semua 108 kerusi berkenaan.

“Jika angka 108 yang kita ada sekarang ini bertembung satu sama lain, apakah mungkin kita mampu pertahankannya?” katanya kepada perwakilan di perasmian konvensyen Wanita Amanah di Melaka.

Menyeru semua parti pembangkang berunding “hati ke hati”, Mahfuz berkata semua pihak harus mengatur strategi untuk mengekalkan semua kerusi sedia ada, dan menambah bilangan sokongan di Dewan Rakyat.

“Kita perlu ada kesepakatan dalam pembangkang, kita harus pertahankan apa yang sudah kita miliki dan mengorak langkah untuk mendapatkan tambahan kerusi,” katanya.

Katanya, pembangkang mesti mencari seberapa ramai “rakan dalam kalangan musuh” untuk menjayakan strategi itu.

FMT

Post a Comment

0 Comments