Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah ketika diminta mengulas mengenai situasi politik semasa. Menurutnya parti-parti dalam kerajaan perlu diperkukuhkan bagi menghadapi berlakunya pilihan raya.
"Hasrat parti adalah untuk mengukuhkan ketiga-tiga parti bagi mengukuhkan Muafakat Nasional dan memperkasakan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini antara ketiga-tiga parti (PAS, Umno dan Bersatu), tidak ada parti yang boleh berdiri sendiri. Kalau kita nak jadi kerajaan yang gagal pada PRU akan datang perlu ada kerjasama yang mantap. Kerana kita tengok kerajaan sekarang tidak stabil (dari segi majoriti).
"Kita jangka PRU tahun depan, secara peribadi paling lewat pun saya rasa bulan Jun, sebab itu ketiga-tiga parti utama ini perlu merapatkan persefahaman dan kurangkan pertembungan," katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
"Dalam keadaan hari ini pun kita tengok kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana terlalu banyak politiking, baru nak bergerak ada orang umum ada nombor, baru kita nak bergerak kawan ini kata ada nombor.
"Jadi selalu ada gangguan, tetapi kalau kita ada majoriti kukuh di parlimen kerajaan boleh berjalan tanpa gangguan. Itu yang penting," jelasnya.
2 Comments
Kekalkan MN pru15 nanti. Bersatu hanya mempertahankan legasi sial yg dah lama menghantui negara!!!
ReplyDeleteKlu orang mcm nik amar ni diberi majoriti yg besar, malaysia akan jd mcm kelantan atau Terengganu. Kerajaan tanpa pembangkang utk check and balance. Boleh beli mercedez utk setiap adun dan wakil rakyat. Pastu naikkan elaun wakil rakyat.... PERCAYALAH!!!
ReplyDelete