Strategi Pening UMNO VS Perang Saraf Ku Li X Atok



Anwar kata nak jadi Piieem dah lama. Buat sidang media situ sini menyatakan sokongan dan cukup SD. Tiba-tiba atok bersuara seolah menjadi benteng kerajaan PN. Atok lancarkan polemik menolak kerajaan pintu belakang dan secara serentak tidak berpihak kepada anwar. Secara tak langsung memecah sokongan MP antara menyokong anwar, berpihak kepada atok & kekalkan kestabilan dengan kerajaan PN sementara. 

Ku Li X Atok buat sidang media, atok pergi mengundi tapi Ku Li tak hadir. Mereka berdua tidak ubah seperti menjadi pengacau untuk mengalih perhatian semata-mata. Melambatkan atau memeningkan MP umno yang dikatakan ada menyokong anwar menjadi PM. MP Umno boleh melompat kepada bebas dan menjadi bersatu ketika atok memerintah. Tidak mustahil situasi sama berlaku MP umno melompat bebas dan menjadi PKR. 

Muafakat nasional pula tidak ubah seperti laluan untuk umno jadikan jambatan pembersihan nama umno dimata rakyat yang akan dikerjakan oleh PAS. 


Ku Li tak hormati disiplin parti, kelirukan ahli - Umno

Malaysiakini | Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, membidas tindakan veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah, yang mengadakan sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad untuk mengajak ahli parlimen menolak Belanjawan 2021.

Kata Shahril apa yang dilakukan bekas menteri kanan itu jelas bertentangan dengan disiplin parti.

Menurutnya, sidang media bersama Mahathir itu bukan memberi kesan yang kecil sebaliknya mengelirukan ahli Umno berhubung pendirian mereka mengenai Belanjawan 2021.

"Sebagai orang muda dalam parti, sudah tentu saya hormat orang lama. Tetapi saya benar-benar tidak faham apa keperluan seorang ahli parlimen Umno yang senior, berpengaruh dan bertaraf penasihat tanpa segan silu buat sidang media bersama pembangkang.

"Kesannya bukan kecil, (ia) kelirukan orang di bawah (mengenai) apa sebenarnya stand Umno, tak menghormati disiplin parti yang memutuskan untuk sokong belanjawan" 

Kelmarin, Tengku Razaleigh mengadakan sidang media bersama bekas perdana menteri Mahathir untuk membayangkan Perikatan Nasional mungkin runtuh apabila belanjawan yang disediakan kalah dalam undian di Dewan Rakyat.

Kenyataan itu kemudian diiringi kenyataan Pakatan Harapan (PH) sejurus kemudian yang mengajak semua ahli parlimen menolak Belanjawan 2021.

Tengku Razaleigh juga mengulangi pendiriannya bahawa dia tidak mengiktiraf kerajaan PN serta perdana menterinya Muhyiddin Yassin dan tidak mengundi untuk menyokong belanjawan berkenaan.


Suarakan pandangan ikut saluran

Sebelum ini Ahli parlimen mewakili Gua Musang (dulu dikenali sebagai Ulu Kelantan) sejak 1974 itu juga pernah mendesak agar usul tidak percaya kepada Muhyiddin - yang dibawa Mahathir - dikemukakan di Dewan Rakyat.

Untuk rekod pada Julai lalu Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengerusi Jemaah Penasihat Umno.

Dalam sidang media itu juga, Mahathir dan Ku Li berkata mereka sedia berkhidmat untuk negara ini tanpa sebarang gaji jika dikehendaki.

Shahril berkata Tengku Razaleigh tidak menghormati disiplin Umno dengan mengadakan sidang media politik bersama pemimpin besar parti lawan.

Tambah Shahril, dalam pengundian semalam semua ahli parlimen Umno mematuhi arahan presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi supaya menyokong Belanjawan 2021, kecuali Tengku Razaleigh.

Dalam pada itu, Shahril berkata parti itu sedar ada ahli parti yang setuju dan kecewa apabila Umno menyokong belanjawan itu namun dia memberikan justifikasi atas pendirian berkenaan.

"Ada yang setuju, ada yang kecewa. Rasional Umno menyokong belanjawan tentunya ada kaitan dengan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan dibuat setelah meneliti baik buruk sebarang keputusan terhadap kebajikan rakyat amnya," katanya.

Jelasnya, Umno mempunyai pendekatan dan strategi lain selepas ini bagi memastikan perjuangannya untuk rakyat terbela.

Shahril berkata soal setuju atau tidak sesuatu dasar atau pendekatan adalah lumrah dalam mana-mana organisasi.

Mereka yang tidak berpuas hati katanya boleh menyuarakan pandangan melalui saluran disediakan.

"Tetapi apabila terang-terang mengumum dan mengajak ke arah sesuatu tindakan dasar tanpa izin parti, bertentangan dengan parti - itu cerita lain," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments