Hartawan yang juga pengasas Alibaba.com dari China, Jack Ma dilaporkan berada dalam pemantauan kerajaan China setelah lebih dua bulan tidak kelihatan dan muncul di khalayak ramai.
Ia sekaligus menguatkan spekulasi yang mengatakan bilionair China itu 'hilang'.
Beberapa portal berita antarabangsa turut memfokuskan isu yang mengaitkan Jack Ma dengan 'kehilangan misteri'.
Ini antara fakta yang diketahui buat masa ini:
Jack Ma tidak muncul sebagai juri dalam episod akhir sebuah program realiti televisyen miliknya, Africa's Business Heroes.
Dia digantikan dengan seorang lagi eksekutif Alibaba dalam program yang disiarkan pada penghujung November lalu. Wajahnya turut dipadam dari disiarkan dalam laman web tersebut.
Salah satu entiti perniagaan miliknya, Ant Group kini dalam pemantauan kerajaan China susulan kenyataan kontroversi yang disampaikan Jack Ma pada 24 Oktober lalu.
Jack Ma mengkritik sistem kewangan di China yang bersifat tradisional, sekaligus berpendapat perlu diwujudkan sistem baharu yang mesra golongan muda.
IPO Ant Group telah digantung atas alasan beberapa isu melibatkan persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan.
Pihak berkuasa China melancarkan siasatan anti-monopoli terhadap Alibaba pada penghujung Disember lalu, termasuk meminta Ant Group menyusun semula operasinya.
Tweet terakhir Jack Ma adalah pada 10 Oktober lalu.
1 Comments
hilang? dah laaa kaya
ReplyDelete