UMNO Tidak Relevan - Pemimpin Gila Kuasa


Selepas kalah pru14, mereka berdakyah nasib melayu telah menjadi bubur. Walaupun isu sebesar kuman, mereka perbesarkan seolah penindasan teruk sedang berlaku dibawah kerajaan PH. 

PAS berjaya dihasut maka tertubuhnya MN yang kononnya memperjuangkan melayu-islam. Himpunan icerd dibuat walaupun secara dasar ia dibuat semasa era BN lagi. Rakyat berhimpunan dan umno mendapat impak positif dari tindakan tersebut. PAS hanya dilihat sebagai balaci menarik rakyat kepada umno. 

Najib sekali lagi berjaya mencetus fenomena bossku yang menjadi trending dan umno mula mendabik dada seolah mereka telah berjaya menarik perhatian rakyat. 

Kerajaan PN berjaya dibentuk gara-gara kepimpinan dalaman PKR dan perpecahan dalaman PKR yang menyokong anwar dan atok. 

UMNO ketika itu masih jalan menunduk dan mengikut segala telunjuk demi menjadi sebahagian daripada kerajaan PN. Rela walaupun dipimpin oleh bersatu. Mereka terpaksa berpeluk tubuh. 

Dan apabila kerajaan PN dilihat goyah kerana kurang sokongan majoriti MP, umno dilihat cuba menjadi duri dalam daging untuk menggulingkan muhyiddin dan menjadikan bersatu sebagai alasan untuk meruntuhkan PN dan MN sekaligus. 

Kluster mahkamah, merekalah yang menjadi duri dalam daging dalam PN. Selagi kluster mahkamah umno tidak dibebaskan, mereka akan terus menerus berdakyah menjatuhkan kerajaan PN. 

PN boleh kekal utuh dan teguh, sekiranya mereka berjaya mengeluarkam kluster mahkamah dalam kepimpinan tertinggi umno. 

Dalam masa terdekat, kerajaan PN tidak akan tumbang semudah yang dirancang. Ini kerana dalam umno sendiri berpecah antara kluster telus dan kluster mahkamah. 

So, korang rasa relevankah umno untuk kembali memerintah sekiranya kluster mahkamah masih mempimpin umno?

Post a Comment

0 Comments