PKP 2.0 dah disambung kepada PKP 2.1

Betuk ker ramai rakyat mengeluh. Kerja tetap kena pergi. Semua tempat diarah buat penggiliran, tapi ada jer yang sembrono rempuh jer. Siapa nak check? Kan.. 

Taska, tadika, tempat asuhan semua dibuka. Tapi sekolah tutup. 

Ibubapa dah mula naik pening. Anak ramai semua nak kena buat kerja online. 

Nak bagi tunjuk prihatin, berpusu bagi laptop. Line tenet macam ciput, takde pulak menteri nak berpusu-pusu serbu telco semua. 

Package internet pelajar tak disediakan. Sekurangnya harga murah ker, sambungan wifi package pelajar ker. Semua tak ada. 

Vaksin? Entah berkesan entah tidak. Kalau next year covid bermutasi sekali lagi dan vaksin sudah tidak berkesan. Apa persediaan daripada kerajaan. 

Cikgu pulak, takkan gaji beribu hanya sekadar hantar link youtube dan minta ibubapa tolong ajar. Patut kena bagi sekali gaji kat ibubapa sebab dah bantu mengajar. Kan? 

Benda ni complicated nak fikir. Sebab masing-masing politikus dengan agenda bangkai masing-masing. So kita marhaen kena pikir sendiri apa perlu dibuat untuk jana income, untuk permudah cara urusan anak-anak dengan kerja. 

Itu belum masuk bab bos duk suruh masuk pejabat jer kerja. Yang bos pulak work from home memanjang. 

Bak kata trump, kita kena rempuh dan tempuh covid19. Jaga kesihatan.