Kenapa Kerajaan Bisu? Sampai Bila Mahu Penjawat Awam Perlu Hadap Situasi Begini?



Iklan banci boleh dikatakan setiap hari masuk TV. Tak cukup iklan, dibuat forum untuk merayu rakyat supaya membuat pengisian secara online. 

Persoalannya, kenapa kerajaan membisu dalam perkukuhkan perundangan supaya menyenangkan statististics department. Mewajibkan rakyat untuk hadir kemana-mana kiosk terdekat untuk dibuat pengisian. Ataupun mewajibkan rakyat membuat pengisian secara online.

Daripada banci ini kerajaan boleh create satu nombor khas untuk pendatang asing dan secara tak langsung boleh trace pendatang asing tersebut. Database tersebut juga boleh disambungkan dengan sistem imigresen untuk kemaskini instant secara harian. 

Apabila data negara kita tersusun rapi, segala perkara untuk penyusunan bantuan, pembangunan dan pengolahan sesuatu perkara boleh dibuat secara tersusun dengan tepat. 

Ini tidak, mereka yang terlibat dalam collecting data terpaksa berdepan situasi yang teruk. Sekiranya terdapat rakyat yang tidak mahu memberi kerjasama atau memberi data palsu. Apa pihak kerajaan boleh buat? Ia merugikan dan merencatkan sistem data negara! So badly! 

Kita sudah bertukar kepada 3 kerajaan. Kenapa kerajaan masih bisu dalam kewajipan memberi maklumat data tepat! 

Post a Comment

0 Comments