Kira Confirm 3 Penjuru PRU15 ?

Macam lagi menarik PRU15 ni. Yang bezanya pada PRU14, PAS kini dah ada kawan dan bukan lagi berseorangan. Menentang BN yang sekufunya belum tentu siapa. Sekiranya Zahid Hamidi & kluster mahkamah berada dalam kepimpinan utama umno, rakyat akan menolak BN dan tidak akan membenarkan kluster mahkamah memerintah negara. Cukup sudah peristiwa 1MDB yang terpaksa ditanggung kerajaan dan rakyat. 

Jatuhkan kluster mahkamah umno, mungkin BN akan menang banyak kerusi pada PRU15. Untuk memerintah negara, tetap memerlukan gabungan daripada PN ataupun PH. 

Cuma ada 2 lagi parti yang entah apa hala tuju mereka. Muda X Pejuang. Parti Atok Daddy dan Parti Atok Cucu. 

Malaysiakini | Bersatu melantik 12 wakil dalam Jawatankuasa Permesyuaratan Bersatu-PAS bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya umum ke-15, maklum Setiausaha Agungnya Hamzah Zainudin.

Bersatu juga, kata Hamzah akan terus memperkukuh kerjasama antara anggota Perikatan Nasional iaitu PAS, Star, SAPP dan Gerakan.

Setiausaha Agung Bersatu itu juga dipetik Bernama berkata partinya sedia membantu GPS pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan datang.

Post a Comment

0 Comments