Hamid Bador Pernah Kena Pau Dengan Polis? Fuhhh Kental Jiwa Yang Pau Tu..

Akhir-akhir ini Tan Sri Hamid Bador mendedahkan pelbagai masalah dalam pasukan polis. Dari kartel dan terbaru campur tangan Menteri dalam pengurusan PDRM.

Ada yang kata Tan Sri Hamid merajuk sebab tak disambung kontrak. Sebab tu bersuara. Mungkin tak kenal dia. Daripada awal lagi dia dah bersedia untuk bersara.

Atas sebab prinsip dia pernah bersara awal ketika zaman Najib pada tahun 2015 kerana tahu dan bersuara mengenai kepincangan kepimpinan Najib & 1MDB. Ketika itu dia Timbalan Pengarah Cawangan Khas.

Lepas bersara dia terus jadi pekebun kecil dekat kampung dia di Rembau, Negeri Sembilan.  

Akhir sehari selepas Tun Dr Mahathir angkat sumpah, Tun Mahathir memerlukan orang yang dia percaya dalam PDRM. Akhirnya dari Kebun, Tun Mahathir panggil dia balik dan berkhidmat.

Dia pernah cerita jadi pekebun dia pun pernah kena pau dengan anggota polis sendiri sebab tak tahu dia bekas top officer Polis.
 

Masa tu, dia boleh je jadi Ketua Polis tapi tak. Dia nak ikut ranking, tak tergilakan jawatan. Beliau dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas. Dia seorang yang berintegriti. 

Bila dia jadi Ketua Polis, dia cuba bersihkan PDRM. Dari akar. Dia cuba jalankan amanah dia sebaik mungkin. 

Semasa saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri, beberapa kali terserempak dengan Tan Sri Hamid memang macam kawan-kawan je. Humble betul. 

Siapa yang kerja dengan dia tahu lah, bagaimana dia buang status dia depan pasukan poljs. Tiada protokol. Tiada pengiring polis ramai ramai ikut Ketua Polis. Dia ubah budaya mintak dengan peniaga untuk sponsor jamuan PDRM dan banyak lagi nak cerita.

Banyak kepincangan, rasuah kartel yang membiak dalam PDRM dia nak bersihkan. Dan kerja dia seorang tidak mungkin mampu untuk buat semuanya. Sebab itu sesetengah orang dalam politik dan pasukan polis tak gemar dengan beliau. No hanky panky orang kata. 

Terus terang, saya rasa sedih sangat keberangkatan Tan Sri Hamid dari PDRM. 

Saya suka qoutes nasihat kepada ahli politik "You nak jadi ahli politik, jadi lah ahli politik yang baik, jangan lah jadi hipokrit. Depan orang cakap lain, belakang buat lain".

Terima kasih atas khidmatmu Tan Sri Hamid Bador. Terima kasih. Semoga Allah merahmati perjalanan hidupmu selepas ini.

Post a Comment

0 Comments