Semuanya sebab sebelum ini viral pasal pendatang asing kena ugut, kena paw & kena macam-macam lah. Tapi apakah semua itu perlu kepada tindakan untuk menyekat. Sepatutnya mana-mana pegawai polis yang membuat tindakan salah disisi undang2 sahaja diambil tindakan. Bukannya dengan menyekat tindakan menahan dan menyoal pendatang asing. 

Bukankah dengan tindakan sebegini seolah memperendahkan kredibiliti pegawai polis itu sendiri. Seolah bertindak sesuka hati tanpa ada tindakan boleh dikenakan. Sedangkan hanya segelintir pegawai yang menyalahguna kuasa. Sepatutnya hanya mereka dikenakan tindakan keras sebagai pengajaran kepada pegawai lain. 

Entahlah, kami hanya nampak arahan ini sebagai bad impact kepada pegawai polis & dulang emas kepada pendatang asing.