PKP 3.0 - Mana Arahan Kerja Dari Rumah?

PKP

PKPB

PKPD

PKPP

PKP

Ulang, ulang, ulang... 

Rentas negeri tak dibenarkan, anjur itu ini tidak dibenarkan. Tiba-tiba perniagaan lena tutup, masjid sentiasa dijadikan sasaran utama PKP, mall kekal menjadi tempat selamat dikunjungi sanak saudara. Last sekali PKPD, semua duk diam-diam dirumah. 

Silap haribulan, rakyat dikompaun berpuluh ribu. Melainkan golongan kayangan, siasat dan siasat. 

Covid19 dah lebih setahun, mood rakyat semakin pening dengan arahan PKP, PKPB, PKPD, PKPP, PKP. 

Anak tak sekolah, ibubapa kerja. Takkan semua nak kena hantar tempat asuhan. Nak hantar tu bukan percuma. Ibubapa terpaksa berbelanja lebih kerana menghantar melebihi waktu biasa. 

Darurat dah masuk bulan may, lagi 3 bulan tamat tempoh darurat. Kes kekal meningkat, vaksinasi memberi pelbagai persoalan kepada rakyat. 

Apakah sekatan perjalanan berkesan? Atau kerajaan perlu perketatkan perlaksanaan SOP dan pemantauan lebih ketat dijalankan berbanding mengajak rakyat beramai-ramai ke balai polis mengisi borang rentas negeri. 

Mana arahan kerja dari rumah bagi PKP 3.0, soal Syed Saddiq

FMT | Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kerajaan mengapa tidak mengeluarkan arahan bekerja dari rumah (WFH) bagi kawasan dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP), susulan lonjakan kes Covid-19 dan kluster baharu membabitkan tempat kerja.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau belum nampak sebarang reaksi kerajaan terhadap pengesanan banyak kluster tempat kerja.

“Hari ini sahaja dicatatkan 10 kluster tempat kerja yang baharu…ini bukan jumlah yang kecil,” kata beliau dalam catatan di Facebook.

“Sehingga hari ini, tidak ada arahan untuk bekerja dari rumah atau sebarang rancangan untuk memastikan kluster tempat kerja tidak lagi bertambah dari hari ke hari.”

Menyentuh 22 kematian akibat Covid-19 hari ini, Syed Saddiq berkata, ia bukan isu politik mahupun siapa yang layak memerintah.

“Nyawa rakyat sekarang harus dilindungi. Malangnya, tidak ada apa-apa rancangan yang dibentangkan,” kata beliau.

Kuala Lumpur diletakkan di bawah PKP hari ini, bersama Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi di Johor, Taiping di Perak, serta 14 mukim di Terengganu.

PKP di kawasan itu akan berkuat kuasa hingga 20 Mei.

PKP turut dilaksanakan di enam daerah di Selangor – Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang – bermula semalam hingga 17 Mei, serta Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim di Kedah sejak 1 Mei hingga 14 Mei ini.

Syed Saddiq berkata, sehingga hari ini, tidak ada SOP baharu dikeluarkan bagi tempat kerja dan kerajaan tidak boleh hanya mengharapkan majikan untuk mengarahkan pekerja bekerja dari rumah.

“Perlu ada arahan rasmi dari kerajaan,” gesa beliau.

Post a Comment

6 Comments

  1. Cacarmarba....
    HIDE tu bawah kementerian mana sebenarnya?
    Belajar tinggi2 tapi masih dungu. Keyakinan berhujah cukup tinggi tapi standard sama dgn manusia dungu. Perasan hebat sangat.
    Diperkudakan mcm manusia dungu. Inilah manusia penjilat tegar sejak mula2 aktif dlm politik. Suka akan perhatian tapi dungu dlm pekerjaan.

    ReplyDelete
  2. KJ tu dah jual jiwa kat china... dia tengah pelaku vaksin murahan dia.

    Yidin tengah setting untuk kekal berkuasa, nyawa rakyat taruhannya.

    Menteri-menteri yang lain sedang menangguk di air keruh,

    Geng kayangan seronok meroyan sebab duit banyak nak bayar saman dan kompaun.

    B40 terhimpit hingga hampir terkeluar alter amuk..... hampir sangat dah.

    Makjuj di kanan... yakjuj di kiri. keduanya berkumpul di LCS.

    dajjal tak mai lagi pun dah huru hara jadinya dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian sungguh dengan golongan b40. Angkara pkp yg hangat2 taik ayam. Tak akan ada kesudahan kalau tindakan masih lemah.
      Mak lampir mgkin rasa seronok agar darurat boleh dilanjutkan dgn kes yg tak surut2. Itu yg dia cakap.

      Semoga kita dilindungiNya. Semoga lepas pru15 nanti akan tiada lagi menteri2 sebegini.

      Delete
  3. Menteri pertahanan umum pkp, pkpb mengikut lokaliti. Pm pulak umum pkp seluruh negara.
    Korang tak duduk meeting sama ker????!!!

    ReplyDelete
  4. Mco yg pertama paling berkesan. Tiada kompromi, jika nak selamatkan nyawa...

    ReplyDelete
  5. Terkini kalau pulang dari luar negara kena kuarantin 14 hari.WAJIB!!!!
    Mat semburit balik mengemop lantai di luar negara rasanya tak kena kuarantin kot. Tak sampai seminggu mengemop lantai di luar negara terus buat meeting di dlm negara.
    Benda sial mcm inilah yg rakyat tak suka. Sepatutnya mat semburit kuarantin dirinya dulu utk sebagai contoh dan teladan kpd rakyat.
    Ini tidak!!!

    ReplyDelete