Mageran - Mahathir Pun Mati Kutu (Tiada Idea)

Kecelaruan pentadbiran kerajaan, itu yang dilihat berlaku. Sekiranya parlimen dibuka, semestinya menteri akan dihentam secukupnya kerana gagal dalam memastikan covid19 dikawal dan terkawal. Tanpa perlu mageran, cukup saja dengan darurat pada masa kini, kerajaan sepatutnya sudah berjaya menggunakan segala aspek yang mampu digerakkan. Tetapi ia tidak berlaku. Polemik sandiwara pelanggaran SOP oleh kayangan terus disajikan tanpa tindakan tegas. 

Bukan sekadar pelaksanaan tetapi perintah arahan juga dilihat flip flop dan acuh tidak acuh. Dengan kuasa darurat, sepatutnya kerajaan sudah berkuasa penuh mengawal segala kemungkinan dalam memastikan covid19 terkawal. Tetapi itu tidak berlaku. 

Cadangan mageran hanya lebih kepada enggan meletakkan jawatan kerana gagal. Rakyat sudah jemu dengan polemik politik parti. 

Bubar saja parlimen, larangan berkempen bersemuka & hanya boleh melalui sosial media sahaja dibenarkan, tetapkan dimana rakyat tinggal, disitu mereka akan mengundi. Tiada pergerakan, tetapi hanya kekal ditempat mereka berada. Simple. 

Tapi.. Kelantan mungkin kalah sekiranya pengundi luar tidak pulang mengundi. 


Malaysiakini | Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan dia mencadangkan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.

“Tetapi saya ragu kerajaan akan cadangkan perkara ini,” kata Mahathir dalam sidang media atas talian sebentar tadi.

Katanya, isu siapa akan mengetuai Mageran tidak dibincangkan tetapi dia ada menawarkan bantuan jika dikehendaki kerajaan.

Mahathir juga meragui kerajaan akan menerima tawarannya itu.

Post a Comment

0 Comments