Peguam Mana Kencing Pas Perak Ni? Berani Yerr

Lesap sejumlah RM238,625 yang diamanahkan oleh Pas Perak kepada seorang peguam untuk pembelian sebidang tanah seluas empat hektar.

Tanah yang dibeli itu sepatutnya akan dijadikan Kompleks Tarbiah Pas Perak serta beberapa lagi pembangunan.

Ekoran itu, Pas Perak hari ini membuat laporan polis terhadap peguam terbabit yang didakwa melarikan wang parti yang sepatutnya digunakan untuk pembelian tanah di Sri Iskandar.

Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata, laporan polis itu juga bertujuan meminta peguam itu memulangkan semula wang tersebut.

“Urusan pembelian tanah itu sejak 2017 namun hingga tahun ini masih tidak selesai.

“Pas mengambil tindakan menguruskan sendiri pembelian tanah tersebut sehingga menjadi hak milik,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis.

Menurut Ahli Dewan Undangan (Adun) Gunung Semanggol itu, Pas Perak turut berulang kali menghantar surat menuntut peguam tersebut mengembalikan wang itu.

Walau bagaimanapun, jelas Exco kerajaan negeri berkenaan, peguam terbabit tidak mempedulikan tuntutan pihaknya menyebabkan Pas Perak bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Post a Comment

0 Comments