BN Sokong Muhyiddin, Takiyuddin Buat Agong Dukacita?

Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dicapai selepas beliau mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN, hari ini.

Beliau berkata, perjumpaan itu turut sepakat menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ahli-ahli Parlimen BN juga akur dengan titah Seri Paduka untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan beliau terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen.

Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.

Datuk Pengelola Bijaya Istana Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ini sedangkan, pembatalan semua Ordinan Darurat belum mendapat perkenan daripada Seri Paduka.

Beliau berkata, Seri Paduka turut berdukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dipersetujui sebelum ini dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu berkenaan cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

8 Comments

  1. Kalo zaman dulu, bila buat sultan murka, dah kena hukum pancung!

    ReplyDelete
  2. https://www.malaysia-today.net/2021/07/30/agong-sudah-hilang-kuasa-pada-tahun-1994/
    DAN DENGAR BETUL2 SIAPA DALANGNYA

    sebelum membuat apa2 komen dengar dulu penjelasan video tersebut,
    pesilakan pakar undang2 membuat komen atas kenyataan video tersebut,
    termasuk parti yang ketika dulu mahu mempromasi kominis melalui komik,
    jangan mempercyai orang tu dia adalah dalang atau antara perancang episod2 drama
    dipersidangan parlimen untuk mengelirukan rakyat dan membuat rakyat rakyat marah,
    SAMA2LAH PATUHI SOP DAN BERVAKSIN JIKA TELAH SAMPAI GILIRAN, JIKA BELUM
    SEGERALAH BERDAFTAR, DAN KITA JAGA KITA, DAN JANGAN LUPA MINTA PERTOLONGAN ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah skrg ni PH yg perintah, adakah dalil ko akan sama??

      Delete
  3. dua tokoh tanah air yang terkenal dan kedua2 tokoh tersebut memang sudah kenal-mengenal antara satu sama, kedua2 tokoh inilah yang memalukan raja2 dan melucutkan hak istimewa raja2 dan agong, cuba kita lihat pandangan kedua2 tokoh issue ordinan dharurat yang sedang hangat diperkata didalam parlimen mahu pun diluar parlimen, hanya disebut disini sebagai tokoh A dab tokoh B,
    tokoh A ada membuat kenyataan 'biar selesaikan masalah(ordinan dharurat) bersama agong secara behind closed door, ini menunjukkan tokoh A knew what he had done in the past terhadap institusi ber-raja, sebab tu dia nasihat buat bincang bersama agong secara tertutup supaya menjaga nama baik diraja atau ada muslihat lain,
    ini sangat berbeza dengan tokoh B, dia melolong menyebut 'durhaka' diparlimen kononnya dia sangat bersih dan menjungjung tinggi institusi ber-raja, padahal dia tahu apa yang dia telah buat masa lalu, dia menyembunyikan keburukan dirinya dan menyembunyikan kedurhakaannya terhadap raja2 dimasa lampau, terhadap rakyat konon dia sangat menjungjung tinggi raja2, waspadalah kepada orang seperti ni, dia akan berbuat apa saja asalkan dapat apa yang dia hendak(kuasa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sembang! Skrg ni ko jawap kenapa lebai al marangi tak dtg langsung sidang parlimen?

      Delete
  4. mesti siasat siapa yang berbohong dalam kes ini mengikut dan berpandukan perlembagaan yang sedia ada atau yang terpakai sekarang.

    ReplyDelete
  5. Gila nak berkuasa, gila nak jaga kantung proksi dan kroni sehingga nasib serta nyawa rakyat menjadi gadaian. Selepas pru15 nanti harap muka2 pengkhianat dan penjudi nyawa rakyat tiada dalam kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang setuju sekali, kepada siapa ko tujukan tak sebut nama pun orang tahu, memang sejak dari dulu, bos dia pun dia lawan, ramai proksi2 dan kroni2nya raya, bukan tu saja raja2 pun dilawannya, tak sedar diri orang lain dituduhnya durhaka padahal dia dulu yang menabur racun, ini sebahagian ciri2 yang patut diketahui

      Delete
Previous Post Next Post