Harap dia tahu bahawa ketidakstabilan sudah berlaku sejak PRU14.

Bukan hanya tak stabil hari ini ataupun salah UMNO.

Sekiranya UMNO tak tarik balik sokongan pada PM8 dan kita semua sokong 100% hari ini, majoriti kerajaan PN masih amat tipis.

Ketidakstabilan bermula dengan geng pro-Mahathir lawan geng pro-Anwar dalam kerajaan PH.

Disambung dengan Langkah Sheraton.

Dan diteruskan selepas langkah Sheraton ketika kerajaan PN tidak membenarkan usul undi tidak percaya dilaksana dalam parlimen pada pertengahan tahun lepas.

Sebab itu, pelaburan sudah menjunam setiap tahun sejak PRU14.

Selain Covid, ketidakstabilan politik dan kerajaan yang tiada majoriti atau dengan majoriti tipis merupakan masalah utama negara yang menghalang pembangunan negara kita sejak PRU14.

Sebab itu, UMNO cadang PM8 yang juga merupakan pengerusi MKN yang sudah gagal kawal Covid dan ekonomi diganti dengan seorang PM interim dengan tempoh maksimum antara 3 hingga 6 bulan yang hanya akan fokus pada lawan Covid dan mencapai imuniti kelompok.

Selepas itu, dia akan bubarkan parlimen untuk mengembali mandat pada Rakyat untuk pilih sebuah kerajaan baharu dengan majoriti kukuh (bukan kerajaan yang dibina atas kuasa katak, penderhaka atau pengkhianat) sebagai penyelesaian bagi masalah ketidakstabilan hari ini.

Supaya negara boleh maju dan kuat semula.