Najib - Kerajaan Yang Dibina Atas Kuasa Katak



Harap dia tahu bahawa ketidakstabilan sudah berlaku sejak PRU14.

Bukan hanya tak stabil hari ini ataupun salah UMNO.

Sekiranya UMNO tak tarik balik sokongan pada PM8 dan kita semua sokong 100% hari ini, majoriti kerajaan PN masih amat tipis.

Ketidakstabilan bermula dengan geng pro-Mahathir lawan geng pro-Anwar dalam kerajaan PH.

Disambung dengan Langkah Sheraton.

Dan diteruskan selepas langkah Sheraton ketika kerajaan PN tidak membenarkan usul undi tidak percaya dilaksana dalam parlimen pada pertengahan tahun lepas.

Sebab itu, pelaburan sudah menjunam setiap tahun sejak PRU14.

Selain Covid, ketidakstabilan politik dan kerajaan yang tiada majoriti atau dengan majoriti tipis merupakan masalah utama negara yang menghalang pembangunan negara kita sejak PRU14.

Sebab itu, UMNO cadang PM8 yang juga merupakan pengerusi MKN yang sudah gagal kawal Covid dan ekonomi diganti dengan seorang PM interim dengan tempoh maksimum antara 3 hingga 6 bulan yang hanya akan fokus pada lawan Covid dan mencapai imuniti kelompok.

Selepas itu, dia akan bubarkan parlimen untuk mengembali mandat pada Rakyat untuk pilih sebuah kerajaan baharu dengan majoriti kukuh (bukan kerajaan yang dibina atas kuasa katak, penderhaka atau pengkhianat) sebagai penyelesaian bagi masalah ketidakstabilan hari ini.

Supaya negara boleh maju dan kuat semula.

Post a Comment

8 Comments

  1. Kj pernah bagi kerajaan ph gred D.
    Aku nak bagi kerajaan pn gred E.

    ReplyDelete
  2. kadang2 penat juga terpaksa berulang2 kali memberi penjelasan masih lagi tak paham2 nanti kalu dilebel bodoh sombong marah pulak, dilebelnya macam2 pintu belakanglah, tebuk ataplah, kerajaan royal couplah, kerajaan gagal, kuasa kataklah, dijelaskan selkali lagi, kerajaan inilah yang dipersetujui kesemua wakil parlimen pada ketika pelantikkan kerajaan ini istihar olih agong pada ketika itu yang sudah tiada lagi kerajaan( nota: kerajaan terdahulu telah diruntuh olih tangan2 sendiri yang diberi mandat olih rakyat, mandat sudah runtuh, JANGAN SEBUT LAGI PASAL MANDAT RAKYAT), mandat baru telah diberi olih wakil2 parlimen, ketika peristiharan dibuat tiada satu pun bantahan dibuat olih mana2 ahli parlimen, ulangi sekali lagi, ketika peristiharan dibuat tiada satu pun bantahan dibuat olih mana2 ahli parlimen, tak perlulah sekarang ada yang meroyan, hilang akal dan sebagainya membuat pelbagai tuduhan, perlu diingatkan kerajaan sekarang yang terpaksa memikul bebanan yang ditinggal pemerentahan2 terdahulu 'damaged had been done'( fikir2lah sendiri supaya lebih faham keadaan sebenar) ditambah pula akibat gejala covid yang mula melanda semula selepas pelihanraya sabah yang pada ketika itu SOP sangat diabai, sekali lagi dinasihat TAK PERLULAH NAK MEROYAN2 LAGI, sama2lah membina rumah semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah besar kerajaan gagal tanpa mandat ni mereka buat kerja ikut beberapa kepala dalam puak dan parti mereka.
      Tutup pintu depan, pintu belakang dibuka. Kenapa buka pintu belakang? Adakah jawatan dia terkanan maka boleh buat sesuka hati?
      Isytihar darurat konon nak lawan pandemik kerana ura-ura politik negara bergelora tapi kes makin meningkat. Malah lebih teruk semasa darurat. Rakyat sokong darurat kerana impian rakyat agar kerajaan dapat lawan pandemik tapi apa yg kerajaan telah lakukan?
      Yang menyakitkan hati bila mak lampir kata darurat mungkin akan diteruskan jika pandemik tidak berkurangan. Seolah-olah kes sengaja dibiarkan naik agar kerajaan gagal/katak dapat terus bertahan. Kalau berkurangan atau berjaya diatasi maka pru akan diadakan.Berdasarkan versi asal program imunisasi pun sama iaitu fasa ke4 sampai tahun hadapan.

      Perancangan untuk bertahan dengan kes pandemik telah menampakkan kegagalan kerajaan. Dengan kes melebihi sejuta dan kematian harian ratusan org setiap hari dan perkapita antara terburuk di dunia. Tak gagal namanya?!!

      Jikalah kerajaan katak ini dapat lakukan sebaik pkp1.0 rasanya rakyat akan hargai sepenuhnya. Silap-silap akan mendapat mandat penuh jika berlaku pru15.

      Semuanya kerana ada segelintir pemimpin terkanan dalam kerajaan gagal/katak terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut hilang kuasa kerana sikap ego sehingga perancangan darurat tidak dilakukan dengan sebaiknya.

      Tempoh penamatan darurat yang di back dated pon satu 'penipuan' dan menunjukkan pembohongan kepada rakyat. Sedih rasanya ditipu.Tapi sedih lagi dengan kematian akibat pandemik yg terburuk dalam ranking dunia berbanding perkapita rakyat negara tercinta ini.
      Nak bina semula rumah ini?!!!
      Harap ada tukang atau kontraktor baru. Tukang dan kontraktor lama suka main pintu belakang....

      Delete
    2. Bila yang terkanan dikatakan pelaku video hd kabur....maka kaburlah perancangannya untuk rakyat dan negara.
      Malang...mungkin ketulahan melampau bila ada manusia macam tu dalam kerajaan.

      Bentang dalam parlimen hanya nak menegak benang yang basah.
      Nak kata apa lagi?
      Hipokrit dan gagal...

      Salah seorang selepas boboi yang layak jadi peeM kata si atok...hmmmmmm

      Delete
    3. Kalo dah nama walaun tu mmg selamanya bingai!

      Woi badigol! Kerajaan tebuk atap tu hadi awang sendiri yg label la bahlol! Ko nak lawan ularmak ke? Masuk neraka ko nanti. Ko nak suruh lim kit siang mandikan mayat ko ke?? Ko nak kena tanam kat jirat cina ke??

      Delete
  3. maseh tak paham2 lagi, dinasihat banyak2lah membaca dan banyak2lah membuat rujukkan, baca betul2 apa yang ditulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang benar kerajaan ini dibina atas persetujuan majoriti mp. Memang telah termaktub dalam sejarah.
      Apa yg rakyat tak puas hati adalah kegagalan mereka melakukan yang terbaik semasa darurat kesihatan yang diberi. Rakyat sokong penuh darurat kerana yakin dengan pencapaian pkp1.0.Yakin sungguh...
      Tapi dasar dan sop yg berubah2 dan dikhabarkan hanya beberapa orang yang terkanan dari parti yang sama menentukan hala tuju negara sehingga menjadi buruk...itu yang rakyat kesali dan patut mendapat kencaman. Yang lain hanya menjalankan tugas. Sampaikan hal kementerian terkanan, menteri lain yang maklumkan.
      Total lockdown macam hampeh, kuarantin wajib berubah2, program vaksinasi lembab, kerisauan rakyat seolah2 tak dipedulikan, wad icu penuh, rakyat hilang pekerjaan, kluster kayangan(termasuk pm yang terlepas denda kerana bertukar nama), menteri terkanan menunjuk gambar masak rendang mlm raya ketika rakyat bersedih di kuarantin dan kehilangan orang tersayang....dan banyak lagi.
      Kenapa tak guna sebaik mungkin kuasa darurat untuk kebaikan rakyat??!!!!!
      Itu yang rakyat kesali. Kalau kes naik, rakyat ada pekerjaan dan LANGSUNG tak ada kematian harian. RAKYAT TAK KESAH MEREKA NAK BUAT APA!!!!

      Delete
  4. kan dah kata depa semua memang mahu perlinem bersidang tapi maksub lain ( tak perlu ulang sebab semua orang dah tahu tujuan mereka), agong bertitah parlimen bersidang untuk tumpu kepada masalah covid yang melanda negara dan kesan terhadap socio-ekonomi rakyat, berbincang kesan lockdown 2 terhadap rakyat dan negara, berbincang hal ekonomi negara kesan dari wabak pendemik covid sebab covid melanda seluruh dunia, program vaksinasi , sebelum bersidang ada satu kelompok dah kena histeria kesan dari surah al-fatihah( sebenarnya mereka memperlihat watak mereka sebenar).inilah sedikit cacatan yang mungkin ada yang tersinggung

    ReplyDelete