Cina Ditahan Polis, Laju Jer DAP Datang Tolong.. Hahahaha

DAP menawarkan bantuan guaman kepada 18 pekebun durian di Raub, Pahang yang ditahan polis semalam kerana dituduh menceroboh tanah yang mereka usahakan sejak beberapa dekad lalu.

Pekebun itu ditahan polis dan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri ketika cuba memasuki kebun untuk mengutip durian mereka.

Ia adalah insiden terbaru sejak pertikaian berterusan antara pekebun dan kerajaan negeri berhubung tanah berkenaan.

ADUN Tras, Chow Yu Hui yang menemani pekebun itu semalam turut ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas namun beliau dibebaskan pagi tadi.

“Chow sudah dibebaskan selepas tengah malam tetapi 18 pekebun durian itu masih ditahan. DAP akan menawarkan bantuan guaman terhadap mereka yang ditahan.

“Ini adalah isu kelangsungan hidup pekebun durian yang sudah mengusahakan tanah itu sejak beberapa dekad dan kerajaan Pahang juga sepatutnya cuba mencari penyelesaian secara aman antara syarikat swasta besar dan pekebun,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan.

Penyelesaian damai kata guan eng : Lepas ni ko gondol semua hutan tukar jadi ladang musang king. Nanti buat penyelesaian damai. Kalau mohon memang payah nak dapat. Patut dengan yang tolong ni disumbat sekali dalam penjara. 

Kerajaan Pahang mendakwa pekebun terbabit mengusahakan tanah itu secara haram dan mahu mengusir mereka memandangkan tanah itu sudah dipajak kepada sebuah syarikat penanaman durian.

Bagaimanapun pekebun itu berkata, mereka mempunyai hak untuk memasuki tanah itu selepas Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan notis arahan pengosongan tanah pada Januari lalu.

Mahkamah memutuskan pihak berkuasa tidak dibenarkan mengusir atau menghalang pekebun daripada memasuki kebun mereka.

Lim berkata, memandangkan pekebun itu mendapat kebenaran mahkamah, kerajaan negeri sepatutnya “menghormati niat dan prinsip yang wujud” dalam penangguhan tindakan serta tidak meneruskan sebarang tindakan sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Save Musang King Alliance (Samka), kumpulan pekebun durian terbabit dalam pertikaian undang-undang itu, turut mendakwa pihak berkuasa menebang beberapa pokok dalam kawasan tanah berkenaan.

“Mereka mula menebang pokok itu hari ini (Ahad). Mereka menebang kira-kira 200 pokok milik tiga pekebun,” kata Presiden Samka, Wilson Chang yang dipetik Malaysiakini.

Bagaimanapun, China Press yang memetik Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Mohd Hizamri Yasin berkata pembersihan kawasan berkenaan tidak membabitkan tanah yang dipertikaikan itu.

FMT

Post a Comment

8 Comments

  1. Kalo melayu plk ditahan polis, adakah laju je bangsa kita tolong?

    Contoh paling ketara, brader burger yg kena kompoun 50k.

    ReplyDelete
  2. Sudah melakukan kesalahan dari segi undang-undang menceroboh tanah kerajaan. Tidakkah mereka tahu bahawa arahan sudah lama dikeluarkan untuk mengosongkan tanah yang diceroboh. Kalau di Peneng mereka boleh robohkan beberapa rumah kediaman yang telah diduduki bergenerasi, atas nama menceroboh tanah. Mana lebih kejam, pokok atau rumah kediaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua x kejam pun...sbb dua dua menyalahi undang undang....notis dah di beri...masa pun dah di beri.. .klau tempat tinggal pampasan pun di beri......dia org sengaja cari masalah .....

      Delete
  3. PKR dan PAN Imayam mmg bangga dengan keberanian sahabat Karib Kafir Harbi DAPigs mereka 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..kerejaan pahang diperintah oleh Dap..yaa..suma salah Dap..

      Delete
  4. Pengajaran daripada kes ini perlu kita fikirkan dan tambah baik agar tidak berulang lagi lain kali kerana ia akan merugikan Malaysia.
    1. Ladang ini bukan sekankang keran yakni setakat satu ekar tapi puluhan ekar yakni luas dan sudah ditanam durian sekian lama dan sudah diketahui orang akan perussahaan durian di situ. Kenapa dari dulu tak diambil tindakan, apakah mereka itu guna ilmu hitam sehingga tak nampak orang lain? atau apa di sebalik ladang ini? perlu disiasat dan dimaklumkan kepada rakyat umum.
    2. Nyata siapa pembela mereka , DAP kan, apa maknanya?

    3. Kenapa DAP membela mereka yang buat salah melanggar undang2 sejak sekian lama di ladang itu, bayangkan kalau ini berterusan, orang atau puak itu akan terus buat melanggar undang2. Jangan bertolak ansur lagi, ambil indakan ikut undang2 yang betul, jangan pusing2.
    4. Kalau anak2 melayu ceroboh tanah , siapa nak bela?
    5. Tindakan DAP yang hantar peguam itu, atas arahan parti DAP dan hantar orang kuat mereka sendiri utk bantu, maknanya apa?
    6. Tutup kawasan ini, bersihkan sehingga tiada lagi puak2 yg.ceroboh itu ada di situ.

    STK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..Dap perintah pahang sejak puluhan tahun dulu..dari hutan rimba smpi jadi ladang musang king. Bertahun2 dlu Pemerintah Dap pahang hanya memejam mata melihat pencerobohan yg berlaku. Malah Raub sendiri diisytihar bandar musang king oleh Dap. Tu belum kira kasino genting, bauksit, pembalakkan haram serta perlombongan di tasik cini..tu suma salah Dap. Jahat betul Dap ni kann...

      Delete
  5. Bila kerajaan nak ambik balik...sendiri racun dan tebang pokok. Notis dah diberi. Ingkar!

    Kata rugi juta2. Dapat untung juta2 sebelum itu tak nak heboh pulak.
    Kalau area penang...rumah kena roboh wlapun dah berpuluh tahun mendiami. Lagi kejam!!!

    ReplyDelete