Hahahahaha... Dalam Video Suruh Panggil Polis, Kan Dah Kena Tangkap Polis..

Polis telah menangkap dan menahan reman seorang lelaki yang membuat kekecohan selepas dia ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai, yang merupakan suatu kesalahan.

Kejadian berlaku pada Ahad (18 Julai) di sebuah gerai nasi lemak di Jalan Desa Bakti di Taman Desa, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar mengesahkan lelaki itu ditangkap awal hari ini.

"Ya, kami telah membuat penangkapan dan akan meremannya selama dua hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (prosedur di mana siasatan tidak dapat diselesaikan dalam 24 jam)," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Lelaki itu akan direman di balai polis daerah Brickfields.

Satu laporan polis sebelum ini dibuat setelah lelaki tanpa pelitup muka itu memaki hamun seorang pelanggan lain di gerai nasi lemak tersebut.

Penjual nasi lemak dan anak perempuannya itu juga masuk campur cuba menenangkan keadaan.

Seorang individu yang berada di tempat kejadian merakam video pendek pertukaran itu, yang telah banyak dikongsi di media sosial.

Polis mengatakan kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 kerana melanggar prosedur operasi standard ( SOP) Covid-19.

Di bawah undang-undang itu, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Post a Comment

0 Comments