Kenapa KKM Pertaruhkan Nyawa Nurse Mengandung!?

Seramai 172 daripada petugas barisan hadapan yang mengandung didapati positif Covid-19, kata Menteri Kesihatan,Dr Adham Baba.

BANkami : Darurat telah dikeluarkan, sepatutnya kerajaan boleh mengeluarkan dan mengarahkan mana-mana nurse atau mana-mana doktor untuk ditugaskan di barisan hadapan menggunakan ordinan darurat. Kenapa perlu meletakkan petugas hadapan yang mengandung? Apakah KKM tidak menitik berat soal masa depan bayi yang bakal dilahirkan. 

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang dijangkiti itu adalah dalam kategori satu dan dua.

“Kategori 1 sebanyak 51 orang, kategori 2 117 orang, manakala kategori 5 ada lima orang yang telah dijangkiti Covid-19.

“Untuk kategori 5 itu, satu kes telah menerima satu dos vaksin,” katanya dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bersama-sama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, tiada petugas barisan hadapan yang mengandung termasuk dalam kategori tiga dan empat.

Beliau berkata, vaksin yang diberikan kepada mereka ternyata dapat melindungi mereka daripada kesan lebih teruk.

BANkami : Isunya bukan dijangkiti teruk atau tidak teruk. Persoalannya kenapa petugas yang mengandung diletakkan dibarisan hadapan. Kenapa tidak diganti dengan petugas yang tidak mengandung. Itu tidak teruk, kalau teruk? Apakah mereka akan menerima pampasan?

Dalam perkembangan lain, Adham turut memaklumkan, kerajaan memutuskan Pahang dan Pulau Pinang kekal berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kes jangkitan baharu Covid-19 meningkat di negeri itu.

“Sekiranya angka jangkitan Covid-19 di negeri yang telah beralih fasa adalah tinggi, hanya lokasi atau kawasan tertentu akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dan bukannya seluruh negeri,” katanya.

Hari ini sebanyak 376 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan di Pulau Pinang manakala 382 kes di Pahang.

Lapan negeri telah beralih ke Fasa 2 PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.


Post a Comment

0 Comments