Setakat MT Umno Tolak, MP Umno Sayang Mahiaddin.. Mat ooo Mat...

Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak berbalah mengenai keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan.

Katanya, seramai 50 daripada 56 anggota Majlis Tertinggi telah menandatangani borang untuk menyatakan persetujuan mereka sebelum mesyuarat diadakan pada minggu lalu.

Pada 7 Julai lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi  mengumumkan keputusan parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin yang dikatakan gagal membendung penularan Covid-19.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang diadakan secara maya.

Ahmad Maslan berkata,  ada di kalangan ahli Majlis Tertinggi yang berbeza pendapat tentang bilakah Umno perlu menarik kembali sokongannya terhadap Muhyiddin, yang kini memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat.

Dia mendakwa segelintir ahli Majlis Tertinggi mahu perkara itu ditangguhkan.

"Ada yang cadangkan kita harus melakukannya ketika parlimen bersidang semula, atau waktu lain," katanya kepada The Star.

Parlimen dijadualkan bersidang semula pada persidangan khas pada 16 Julai.

Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari dari 26 Julai hingga 2 Ogos, manakala Dewan Negara akan bersidang selama tiga hari mulai 3 Ogos.

Parlimen digantung berikutan pengisytiharan darurat pada 12 Januari berikutan lonjakan kes Covid-19.

Namun, pembangkang mendakwa Muhyiddin mengisytiharkan darurat untuk mengelakkan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ahmad Maslan berkata Majlis Tertinggi Umno berhak  menafsirkan keputusan Perhimpunan Agung Umno, yang memberi mendat kepada presiden dan Majlis Tertinggi untuk memutuskan masa yang sesuai bagi menarik sokongan kepada perdana menteri.

Menjawab pertanyaan apakah penarikan sokongan itu bermaksud menteri Umno dalam kabinet Muhyiddin juga harus mengundurkan diri, dia berkata parti itu hanya mahukan perdana menteri berundur.

"Itulah yang kita minta, kita tidak pernah minta orang lain mengundurkan diri," tambahnya.

Dia juga menegaskan Umno tidak akan bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim atau DAP untuk membentuk kerajaan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kematian akibat covid19 negara adalah yg tertinggi perkapita dari 1juta org.Satu pencapaian yg baik untuk mahiadin dan jemin hd.
    Pelaburan dan ekonomi pula adalah yg terburuk di kalangan negara membangun dan juga negara jiran. Satu pencapaian yg cukup mulia untuk mahiadin dan jemin hd.

    Kalau ada yg undi mereka pru15 nanti....silakan.Yg sorg dicalonkan dan diumum sebagai pm8 oleh pembakar rumah sendiri aka pengkhianat mandat rakyat.
    P/s....jemin tu anak angkatnya.

    Pembakar rumah sendiri boleh dianggap sebagai pencetus huru hara politik dalam negara.
    Dulu digelar harimau asia. Kena jerkah ketua negara yg dia nak sindir....luruh gigi tuanya.
    Kerana sindiran tersebut...negara2 tersebut beralih kpd negara jiran membeli komoditi utama negara.

    Akibat mulut serkap jarang...rakyat dan negara jadi mangsa.

    ReplyDelete