Vaksin Laku Keras Di Shopee! Kita Boleh Order Tak?

Sebuah hospital di Thailand menerima tempahan untuk vaksin Moderna minggu ini dengan jualannya laris dalam hanya beberapa minit selepas ditawarkan menerusi platform e-dagang Shopee.

Dengan penularan jangkitan Covid-19 yang semakin memburuk dan keraguan terhadap keberkesanan vaksin sedia ada, ramai berminat mendapatkan vaksin mRNA yang hanya akan diperolehi negara itu pada hujung tahun ini.

“Ia habis dijual dalam hanya beberapa minit,” kata jurucakap Shopee pada Jumaat, dengan menambah jualan vaksin itu mengakibatkan lonjakan seramai 2.6 juta pengguna di laman web Hospital Phyathai.

Sebanyak 1,800 slot dos Moderna ditawarkan dengan harga 1,650 setiap satu menerusi Shopee.

“Semuanya habis dijual dalam tempoh sangat singkat,” kata CEO hospital itu, Att Thongtang kepada Reuters. 

“Saya bersimpati untuk mereka yang terlepasnya.”

Seorang pembeli menggunakan nama lovesujuforever berkata: 

“Semuanya habis dalam 15 saat dan saya begitu bernasib baik berjaya membelinya.”

Seorang lagi, labellelabel berkata: 

“Ia pertarungan untuk mendapatkan vaksin.”

Permintaan untuk vaksin Moderna meningkat selepas memo kementerian kesihatan yang dibocorkan menunjukkan kerajaan Thailand mempertimbangkan memberikan suntikan booster mRNA kepada pekerja kesihatan yang telahpun mendapat dua suntikan vaksin Sinovac.

Thailand dan negara jiran seperti Indonesia menunjukkan lonjakan jangkitan melibatkan pekerja perubatan dan barisan hadapan yang telah disuntik vaksin Sinovac.

Thailand turut menggunakan vaksin AstraZeneca, tetapi pakar kesihatan menggesa kerajaan menggunakan lebih banyak vaksin mRNA dalam programnya, sama seperti Pfizer BioNTech.

Hospital swasta di Thailand akan menerima 5 juta dos vaksin Moderna antara tahun ini hingga 2022. Thailand juga telah menempah 20 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima selepas Oktober.

Post a Comment

1 Comments

  1. Betapa desperate nya mrk utk mendapat vaksin. Habis dijual tak sampai sejam. Terdesaknya manusia bila nyawa dipertaruhkan.

    Tapi ada cilaka anak haram pelaku video hd sial masih terdesak utk membuka kilang. Kilang yg sah dari data dan fakta pencetus utama pandemik dalam negara.
    KO MEMANG BABI!!!!!

    Sedih dan hancur hati mengetahui sedara mara, jiran tetangga dan kenalan rapat yg mati akibat pandemik. Sedih sangat mengetahui sorg demi sorg pergi meninggalkan kita dan puncanya adalah ada anak haram masih membenarkan kilang terus dibuka.

    Woiii babi!!!!
    Kalau ko terdesak nak buka kilang, pastikan pekerja mrk telah divaksin sepenuhnya!!!!!
    Kalau tak ada duit, biar majikan mereka beli dari mana-mana pengeluar vaksin yang berdaftar. Vaksin habis-habisan.

    Dasar babi yang tak peduli melakukan aksi haram kaum luth.
    Mana ada dalam hati peduli dengan kematian rakyatnya!!!!

    ReplyDelete