Hati Saya Remuk, Katanya Najib

Bekas perdana menteri, Najib Razak kesal dan marah dengan kegagalan kerajaan menangani situasi Covid-19 dengan serius sehingga mengakibatkan ramai rakyat menjadi mangsa.

Dalam hantaran Facebooknya malam ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dua pengikut Facebooknya yang kerap memberi komen meninggal dunia dua minggu lalu, manakala suami kepada seorang lagi pengikutnya turut terkorban akibat Covid-19.

Najib turut berkongsi hantaran terakhir salah seorang pengikut Facebooknya yang dikenali sebagai Eddie sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 Khamis lalu.

“Saya sangat-sangat kesal dan marah kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak serius pada Januari semasa PKP 2.0 sehingga begitu ramai nyawa seperti saudara Eddie terkorban secara sia-sia.

“Maafkan saya duhai rakyat semua. Saya dah buat semampu boleh. Hati saya remuk. Saya bukan mabuk kuasa.

“Saya hanya mahu rakyat selamat. Saya hanya mahu tiada lagi ahli keluarga sesiapa terkorban kerana sikap kerajaan. Nyawa hilang tak boleh diganti.”

Katanya, beliau tidak akan mendedahkan nama penuh pengikutnya, tetapi kerajaan PN sedar pesakit Covid-19 seperti Eddie bukan sekadar angka atau objek.

“Mereka adalah manusia. Ahli keluarga kita. Eddie meninggal dunia berseorangan.

“Pernah bernyawa dan pernah mempunyai harapan menggunung, (dan menjadi) harapan keluarga tetapi terpaksa melalui penderitaan dan menghadapi cabaran sebelum dijemput Ilahi bersendirian pada usia yang muda akibat Covid,” katanya.

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan satu lagi rekod baharu untuk jangkitan harian Covid-19 dengan 9,353 kes berbanding rekod tertinggi 9,180 kes yang dicatatkan semalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Cantik punya ayat

    ReplyDelete
  2. Bukan hati dia sorg jer yg remuk. Kami yg terkesan juga remuk dan marah.CUKUP MARAH!!!!

    Darurat kesihatan pada mulanya kami sokong kerana yakin dgn pencapaian pkp1.0.Yakin mereka akan buat lebih baik. Demi nyawa, demi kelangsungan hidup. Bukan kami kaya. Kami tak pernah berlakon makan maggi dgn jam rega hampir jutaan ringgit.

    Ya...kami sokong darurat kesihatan
    TAPI penghujungnya kami kecewa dan marah. Rasa kena kencing bagai janji bukan kitab suci!!!!!

    Tutup pintu depan...pelaku semburit buka pintu belakang. Siap bangsat tu bekap idea bangang dia!!!!
    Sebijik bangang mcm bapak angkatnya yang tak peduli dengan nasib rakyat.
    Dulu bapak angkatnya sindir rakyat yg risau kemasukan lebih 1juta pelancung dgn visa percuma dari negara wabak. Coronapalatau dia sindir rakyat.
    Memang cilaka mereka ini!!!!

    Kemudian bapak angkat bangang dia ada hati nak jadi bos mageran?!
    Konon dia hebat dan dapat buat terbaik...ptuuuihhhhh!!!!!!
    Rasanya 2x5.
    Kalau dah kaki fitnah..bererti tak takut hukum dosa. Negara bangkrap dan salah najib adalah zikir dan wirid wajib dia.

    Dulu ada video hd semburit anak angkatnya, bukan main bapak angkat bekap.
    Sanggup bekap kaum nabi luth...TERUK!!!!
    Semuanya demi kuasa dan harta dunia!!!!
    Nak percaya lagi ker tua nyanyuk tu!!!!?

    HARAP PRU15 NANTI KORANG DIHUKUM OLEH RAKYAT!!!!!

    ReplyDelete
  3. kami djarah suruh duk rumah
    kami disaman
    kami diminta buat surat bagai semata mahu keluar mencari rezeki
    vaksin kami diperlambatkan
    kami terpaksa mengadap permainan politik

    tapi menteri harini dengan selamba update status twitter

    melawat bekas PM.... hanat ko!

    berapa ramai daripada kami yang tak boleh jumpa sanak saudara kerana SOP PKP tahi korang!

    ReplyDelete