Percaturan Tony Pua Menyekat Kleptokrat UMNO?

Ahli Parlimen Damansara Tony Pua menyenaraikan tiga alasan mengapa pembangkang patut mempertimbangkan cadangan kerangka kerjasama politik merentasi parti oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Selain mengekang pergelutan politik yang “membunuh” sektor kesihatan dan ekonomi negara, Pua berkata, tawaran ‘keamanan dan setiakawan’ daripada Muhyiddin berpotensi menghalang Ahli Parlimen Umno “kleptokrat” dilantik Perdana Menteri.

Tawaran Muhyiddin itu, katanya boleh mengelak pilihan raya umum di tengah-tengah wabak Covid-19.

“Jika ya, sudah semestinya sikap bertanggungjawab buat ahli politik adalah, sekurang-kurangnya melihat apa yang ditawarkan Muhyiddin,” katanya.

Antara tawaran dikemukakan Muhyiddin dalam siaran langsung di televisyen, hari ini :

  1. Peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik
  2. Peningkatan dana siling Covid-19 berjumlah RM45 bilion kepada RM65 bilion melonjak kepada RM110 bilion 
  3. Penambahan bantuan kepada golongan M40 dan pelantikan 50% dalam jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi pembangkang.

Muhyiddin berkata, sekiranya kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bipartisan di Parlimen dengan jumlah melebihi dua pertiga majoriti, kerajaan akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, untuk menghadkan mandat perdana menteri kepada dua kali sahaja (10 tahun maksimum), selain membentangkan Undang-Undang antilompat parti.

Cadangan berkenaan hanya dapat dilaksana sekiranya undi percaya terhadap Muhyiddin berjaya.

DAP yang dianggotai Pua tegas menolak tawaran itu bersama rakan komponen dalam Pakatan Harapan. Gabungan pembangkang itu menyifatkan tawaran Muhyiddin sebagai tidak ikhlas dan bertujuan menyelamatkan kerjaya politiknya.

Pua berkata meskipun tawaran Muhyiddin itu “cukup lewat,” beberapa tawarannya “sangat diperlukan negara”.

Beliau berkata, pihak pembangkang ketika ini berada dalam kedudukan unik kerana negara mempunyai kerajaan lemah yang memerlukan sokongan merentasi politik kepartian.

“Beberapa rakan seperjuangan saya berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) lemah dan terdesak, sebab itu mereka kemukakan tawaran berkenaan,” katanya.

“Ya, sekiranya mereka kuat, mengapa perlu mereka melakukan demikian? Dan sekiranya sememangnya lemah dan terdesak, bukankah itu masa sesuai untuk berunding dengan mereka?”

Post a Comment

2 Comments

  1. Bukan tak nak anwar....
    Sembang dia memang hebat tapi idea dia banyak bangang. Manusia bila dah biasa cakap merapu dan menipu tak sesuai diletak sebagai pemimpin. NOKTAH!!!

    Satu lagi...rakan rapat dia parti dap dengan tangan patah mengumum bagi rm30 kpd rakyat. Sambil menipu rakyat kata negara dah bangkrap. Kemudian jual harta tabung haji milik org Islam. Bersekongkol dgn saka tua. Ada ladang th atas nama keluarga cina.
    Maaf, rakyat tak nak kena kencing dengan pelakon patah tangan. Terowong ghaib dia bila nak siap?

    ReplyDelete
  2. Dalam bab kecelaruan politik tanahair nie, aku tak salahkan sesiapa selain tun m dan ms(mat semburit).
    Kegilaan mereka nak berkuasa dan melangkau perjanjian sehingga sanggup mengkhianati kawan. Itu jer...

    Semua orang tahu selepas tun m meletak jawatan dia telah mengumum tsmy sebagai pm8 secara langsung semasa dia memegang jawatan pm interim.
    Kenapa tak umum dsai atau wan azizah yang ketika itu timbalan dia.

    Sekarang kita dimainkan wayang konon tun m dikhianati oleh bekas parti dia sendiri....hmmmm
    Banyak alasan dia yer.....

    Pengalaman dia banyak. Menjatuh dan menaikkan seseorang. Kan?!

    Kalau berunding betul-betul dapat diselesaikan semuanya. Kan?!

    Apa-apa pun hasrat tsmy dan kerajaan pn untuk membubarkan parlimen sebelum julai 2022 adalah langkah terbaik. Kemelut dan kecelaruan politik tak akan selesai kecuali mandat sebenar selepas pru15 nanti.

    Semoga muka-muka yang mementingkan ekonomi anak, waris, proksi dan kroni akan terlungkup selepas pru15. Selagi ada puak ini dalam politik negara, negara tak akan maju. Semua nak dibolot. Akhirnya rasuah dan salahguna kuasa akan berterusan.
    Yang bercakap hebat tentang rasuah ini sebenarnya pelopor utama kes rasuah besar dalam negara. Konon nak berlakon dia tak pernah melakukannya dan tak pernah menyalahguna kuasa.

    Selagi kepala lebih memikirkan ekonomi anak, waris, proksi dan kroni, ayat-ayat peduli pada rakyat hanya retorik. Lebih kurang janji bukan kitab suci.

    ReplyDelete