Senyuman Sinis UMNO - PAS Baru Tersedar Ker?

Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, berkata sebelum ini dia sudah memberi peringatan kepada kawan-kawannya agar berwaspada dengan individu tersebut.

Tanpa menamakan siapa tokoh berkenaan, Mokhtar berkata, langkah, fikrah, kata-kata dan karakter individu terbabit sudah lama menggambarkan dia akan mengkhianati kerajaan PN.

Namun katanya ada antara mereka tidak percaya, tidak senang bahkan mereka menyindir serta menyingkirkan dia dari kumpulan WhatsApp.

Tidak terkilan dengan layanan yang diterimanya, Mokhtar bagaimanapun berkata, telahannya menunjukkan dia benar apabila pemimpin berkenaan "khianat" kepada PN.

Mokhtar turut melampirkan tulisan di Facebook itu dengan komen didakwanya dibuat mengenai individu tersebut pada Jun lalu.

Sudah ada rasa hati

Dalam hantaran itu Mohktar berkata, dia menyaksikan sendiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipeluk oleh individu berkenaan dan dia menyaksikan wajah pemimpin Umno terbabit.

"Wallahi saat itu hati saya tidak percaya dengan kamu. Saat teman-teman saya memuji-muji kamu, saya kawal lidah agar tidak memuji sama. Maaf, hati saya tetap ragu dengan lirik wajah senyum sinismu.

"Teman-teman saya bertanya kenapa saya tidak dapat menerima kamu? Saya jawab jauh di lubuk hati, saya tidak percayakan kamu. Saya tidak bertuhankan rasa hati. Tapi saya berjaga-jaga dengan rasa hati saya.

"Alhamdulillah, suara hati saya benar. Kamu khianati tok guru kami. Kamu khianati pengikut-pengikut kecuali orang yang sekluster dengan kamu," katanya.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, dipercayai Mokhtar merujuk kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang kini mengetuai gerakan menarik sokongan ahli parlimen Umno daripada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.


Post a Comment

5 Comments

  1. apa2 pun tunggu keputusan harap2 bukan dari kalangan bekas2 mahkamah atau yang mempunyai masalah lampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas kekal sokong kleptokrat kan?

      Delete
  2. Rileks laa ostad. Khianat dan menjatuhkan kawan dan lawan adalah adat politik. Dulu korang sokong anwar dan dap. Kenapa tidak sekarang?

    Jangan marah sampai wujud rasa benci dan dendam. Ko pon bukan malaikat. Manusia biasa yg penuh juga dengan khianat dan sifat dengki. Kalau tak mampu kawal nafsu, jangan ikut politik. Mudah jer pilihan dalam hidup kita.

    Kalau pelaku semburit lgbt pon ko sanggup jilat....tak payahlah nak berlagak islamik sangat.

    ReplyDelete
  3. Akhirnya, dgn sokong Pas, Malaysia telah kembali ke era kleptokrat..tima kasih Pas. Bersedia utk dihumban pd PRU15.

    ReplyDelete
  4. cuba ingat kembali keadaan malaysia sebelum pru14 secara rengkas, perkembangan ekonomi malaysia agak ok, cuma masalah bebanan negara atau hutang negara agak tinggi tapi maseh bole bernafas, ini disebabkan 1mdb yang tidak dimanage dengan betul olih pemerentah olih ketua yang banyak serba tak tahu sehingga kantong sendiri tak tahu berapa yang ada atau tak kesah,
    pada pru14, pemerentah baru mendapat mandat, dapatlah ketua baru yang lama tapi ada yang cuba remote kontrol atau tempoh berkuasa terhad, semasa mendapat mandat ekonomi maseh ok,

    adalah satu orang mendapat kuasa pegang duit negaralah atau kerajaan ketika itu macamlah tiada masalah besar untuk dipikir, saban hari diulangnya pasal imdb dan nama orang itu media perdana supaya rakyat tahu sehingga dunia sampai muak didengarnya dan image negara pun tercemar maka ada yang lari kerana ketakutan, lari ke thailand atau indonesia dari cuba memperbaiki keadaan negara atau ekonomi negara tapi malah ekonomi bertambah teruk dan keadaan keamanan negara tahap rendah, sistem pelajaran jadi kalam kabut akibat dari sentuh sana sentuh sini,
    ada juga satu susuk tubuh memang ada cita2 untuk menjadi ketua negara, semasa pemerentahan kerajaannya tiada pun kedengaran memberi sumbangan atau kata nasihat kepada kerajaaannya perihal ekonomi negara dan keadaan negara, yang kedengaran ada usaha untuk kenaikannya sebagai ketua negara sehingga jatuhlah kerajaannya olih akibat dari tangan2 mereka sendiri,

    bermulalah kerajaan baru yang mewarisi peninggalan kerajaan2 dahulu yang harus dibaiki, tapi agak malang dunia dilanda covid yang mengancam sekuruh dunia hingga menjejaskan ekonomi dunia dan ekonomi negara pun tak terlepas dari akibatnya sehingga usaha2 untuk memperbaiki ekonomi negara terjejas, atas kecekapan kerajaan, dapat mengatasi atau mengawal covid sehingga mendapat pujian serata dunia, dan keadaan ini memberi kelegaan kepada rakyat, walau bagaimana pun keadaan ini tak kekal lama akibat dari( dipendekkan cerita) tercetusnya pilihanraya kecil sabah dan laungan 'we got the number' sehingga covid mengganas kembali sehingga menjejaskan ekonomi negara dan socio-economi rakyat, dan pelan pemulihan ekonomi negara juga terjejas akibat dari puak2 gila kuasa sehingga peletakan jawatan PM

    ReplyDelete