Tangguh Sejenak Perbicaraan 1MDB Najib Demi Mesyuarat BN ?

Penasihat Barisan Nasional (BN), Najib Razak perlu menghadiri mesyuarat pemimpin gabungan itu pada pukul 10.30 pagi ini berhubung isu pelantikan perdana menteri baru.

Susulan itu, perbicaraan kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.28 bilion bekas perdana menteri itu akan ditangguhkan sementara sekitar jam 10.45 pagi ini untuk membolehkan tertuduh menghadiri mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan penangguhan sementara oleh ketua peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam menjelaskan bahawa Najib harus menghadiri mesyuarat itu kerana dia adalah ketua lembaga penasihat BN.

"Anak guam saya sebagai penasihat BN, akan menghadiri mesyuarat dengan (Presiden Umno Ahmad) Zahid (Hamidi), dan (Timbalan Presiden Umno Mohamad) Hasan, bersama dengan pemimpin parti yang lain, untuk membuat keputusan.

"Ini adalah permohonan saya untuk menangguhkan perbicaraan pada pukul 10.30 pagi (hari ini) agar dia (Najib) dapat berada di PWTC," kata Shafee.

Namun, Sequerah mengingatkan bahawa mahkamah hanya dapat mengizinkan penangguhan sementara perbicaraan hari ini, dan prosiding akan disambung pada pukul 2.30 petang ini.

"Kita (mahkamah) dapat memudahkan, tetapi kita harus sambung (perbicaraan) petang ini," kata hakim.

Perbicaraan telah berlangsung sejak 2019, dan menghadapi banyak penangguhan yang disebabkan oleh banyak peristiwa, seperti bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara untuk mengekang wabak Covid-19 tahun lalu, dan pasukan undang-undang Najib menjalani kuarantin kendiri setelah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Setelah Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri dan kini bertindak sebagai perdana menteri sementara, Agong telah mengarahkan semua ahli parlimen untuk menyatakan calon pilihan perdana menteri mereka sebelum jam 4 petang ini.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, terdapat banyak pertemuan pemimpin parti politik untuk menentukan pilihan calon pilihan mereka untuk menerajui jawatan tertinggi negara.

Antara calon calon perdana menteri yang berpotensi diangkat ialah ketua pembangkang Anwar Ibrahim, bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal, dan bekas timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

Post a Comment

2 Comments

  1. satu kenangan :

    cuba ingat kembali keadaan malaysia sebelum pru14 secara rengkas, perkembangan ekonomi malaysia agak ok, cuma masalah bebanan negara atau hutang negara agak tinggi tapi maseh bole bernafas, ini disebabkan 1mdb yang tidak dimanage dengan betul olih pemerentah olih ketua yang banyak serba tak tahu prihal imdb sehingga kantong sendiri tak tahu berapa yang ada atau tak kesah,
    pada pru14, pemerentah baru mendapat mandat, dapatlah ketua baru yang lama tapi ada yang cuba remote kontrol atau tempoh berkuasa terhad, semasa mendapat mandat ekonomi maseh ok,

    adalah satu orang mendapat kuasa pegang duit negara atau kerajaan ketika itu macamlah tiada masalah besar untuk dipikir, saban hari diulangnya pasal imdb dan nama orang itu media perdana supaya rakyat tahu sehingga dunia sampai muak didengarnya dan image negara pun tercemar maka ada yang lari kerana ketakutan, lari ke thailand atau indonesia dari cuba memperbaiki keadaan negara atau ekonomi negara tapi malah ekonomi bertambah teruk dan keadaan keamanan negara tahap rendah, sistem pelajaran jadi kalam kabut akibat dari sentuh sana sentuh sini,
    ada juga satu susuk tubuh memang ada cita2 untuk menjadi ketua negara, semasa pemerentahan kerajaannya tiada pun kedengaran memberi sumbangan atau kata2 nasihat kepada kerajaaannya perihal ekonomi negara dan keadaan negara, yang kedengaran ada usaha untuk kenaikannya sebagai ketua negara sehingga jatuhlah kerajaannya olih akibat dari tangan2 mereka sendiri,

    bermulalah kerajaan baru yang mewarisi peninggalan kerajaan2 dahulu yang harus dibaiki, tapi agak malang dunia dilanda covid yang mengancam sekuruh dunia hingga menjejaskan ekonomi dunia dan ekonomi negara pun tak terlepas dari akibatnya sehingga usaha2 untuk memperbaiki ekonomi negara terjejas, atas kecekapan kerajaan, dapat mengatasi atau mengawal covid sehingga mendapat pujian serata dunia, dan keadaan ini memberi kelegaan kepada rakyat, walau bagaimana pun keadaan ini tak kekal lama akibat dari( dipendekkan cerita) tercetusnya pilihanraya kecil sabah dan laungan 'we got the number' sehingga covid mengganas kembali sehingga menjejaskan ekonomi negara dan socio-economi rakyat, dan pelan pemulihan ekonomi negara juga terjejas akibat dari puak2 gila kuasa sehingga peletakan jawatan PM

    ReplyDelete

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah wayang yang dimainkan oleh tun m negara bangkrap dengan hutang rm1trillion akibat 1mdb.
      Akibatnya lim gone end memberi wang kpd rakyat yg layak sebanyak rm30 seorang dlm keadaan tangan yg patah.Harta dan aset negara yg masih berbaloi dilelong dan ada sampai sekarang tidak diketahui siapa pembelinya. Cuma ladang sawit tabung haji di sarawak diketahui pembelinya keluarga lim(lim yg mana satu masih tidak diketahui). RCI utk kes tersebut yg dipohon masih belum berjaya dilakukan.
      Ketika itu covid19 baru bermula. Tun m jemput pelancung negara china lebih sejuta org dgn visa percuma dtg ke negara.
      Rakyat risau tapi dia tak peduli malah disindirnya rakyat. Ada pula yg ditangkap dan didakwa. Sop lemah sehingga perhimpunan besar-besaran masih dibenarkan.
      Kemudian tun m letak jawatan. Pm pertama di dunia letak jawatan tanpa memaklumkan kpd kabinetnya.Ydp agong suruh tarik balik...ingkar.Diambil pula oleh tsmy atas sokongan beberapa parti.

      Kemelut pandemik tengah melanda. Pkp1. 0 dikenakan dan berjaya dengan sempurna sehingga mendapat perhatian dan pujian seluruh dunia. Ratusan billion ringgit digunakan untuk menjana ekonomi. (Ingatkan negara dah bangkrap spt kata tun m)
      Kemudian kes naik lagi tapi sektor ekonomi dan pendidikan masih dibuka.Pintu negara juga dibuka tanpa sop yg mantap. Akibatnya varian baru menyerang sehingga pkp2.0 dan pkp3.0 masih gagal menanganinya. Rm600b telah digunakan dari rizab negara(ikut kata tun m, negara dah bangkrap).
      Program imunisasi pula lembab ketika itu. Penuh birokrasi dan salah menyalah. Akibatnya kes mencanak naik. Sop pula tak menentu. Pintu depan ditutup, pintu belakang pula dibuka.
      Sehingga negara mencatat nama terburuk melawan pandemik di dunia. Ramai rakyat mati. Ramai nama2 besar yg mati.

      Skrg kita menanti pemimpin baru. Harap kesilapan lama tidak berulang. Tumpukan pada kesejahteraan rakyat. Dahulukan rakyat yg lama menderita. Ketepikan dulu legasi dan taikun2 kaya. Jangan buka pulau2 resort milik taikun utk pelancungan sehingga keadaan cukup reda. Capai herd immunity dgn seberapa segera. Ketatkan sop. Tutup pintu negara kpd negara2 yg ada varian yg lebih dashyat dari varian delta. Tumpukan sektor kesihatan dan hospital yg sesak. Fikirkan resolusi terbaik bagi frontliners.
      Ingat, jaga pintu masuk negara. Jika dah tutup pintu depan, jangan pula ada mangkuk yg buka pintu belakang.

      Delete