Katak Politik Mana Nak Kerajaan Perpaduan! PAS & DAP Nak Bersama?

Bimbang dengan kombinasi politik toksik dan ketidakcekapan pentadbiran di tengah-tengah wabak Covid-19 - yang kini telah meragut 13,000 nyawa di Malaysia, Ambiga Sreenevasan telah memulakan petisyen agar ahli politik mengutamakan rakyat berbanding diri mereka.

Menekankan kestabilan politik penting pada masa ini, petisyen itu menggesa perdana menteri baru nanti menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan.

"Kita berdepan krisis terbesar dalam hidup kita.

"Namun kita perlu menghadapi politik toksik dan, malangnya, ketidakcekapan dalam menangani wabak," 

Bekas pengerusi Bersih itu - gabungan NGO yang berperanan mengubah landskap politik negara - berkata perdana menteri baru nanti merupakan perdana menteri ketiga sejak PRU14 pada 2018.

Namun tiada keamanan di kalangan ahli politik. Mereka tidak mampu melangkaui perbezaan mereka. Sebaliknya, mereka menjadikan situasi buruk bertambah buruk.

"Jadi, sudah tiba masanya mereka didesak untuk bekerjasama. Masa untuk mereka utamakan kita, bukan diri sendiri. Negara ini perlu kembali pulih," katanya lagi.

Bekas presiden Majlis Peguam itu yakin kerajaan perpaduan akan menamatkan perseteruan politik dan melibatkan unsur-unsur terbaik daripada semua parti.

"Tidak akan ada 'katak', tiada usaha membeli sokongan, tiada kerajaan yang goyah.

"Hanya kesemua mereka bekerja untuk rakyat untuk menyelamatkan negara ini daripada menghampiri kemusnahan. Bukankah itu yang patut menjadi tumpuan sebuah kerajaan?"

Kurangkan jawatan, tambah penyertaan wanita

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilihat berkemungkinan besar dilantik sebagai perdana menteri kesembilan selepas mendapat sokongan 114 ahli parlimen.

Semalam, Ambiga dan beberapa individu lagi berkata kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadikan sokongan yang diterima Ismail sepatutnya dianggap tidak sah.

Meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu, Muhyiddin berkata sokongan partinya terhadap Ismail berdasarkan syarat yang ahli politik yang berdepan pertuduhan jenayah di mahkamah tidak boleh dilantik ke dalam kabinet.

Ia dilihat bertentangan dengan surat Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun kepada ahli parlimen, yang menjelaskan syarat ditetapkan Istana Negara berhubung bentuk surat yang perlu ditulis ahli-ahli parlimen.

Perkara 4(c) surat tersebut meminta ahli parlimen menyatakan identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Sementara itu, petisyen Ambiga menyatakan penting untuk kerajaan yang kukuh dan stabil diwujudkan sepanjang tempoh penggal ini sehingga PRU seterusnya.

"Kerajaan ini mesti dianggotai oleh perwakilan dari semua parti politik dari kedua-dua pihak dan disubjek kepada pengawasan Parlimen, dengan fokus utama untuk mengemudi negara ini untuk keluar dari pandemik dan ketidakpastian politik.

"Lebih ramai wanita harus dilantik dalam kerajaan ini," menurut petisyen itu.

Ia jugga mendesak jawatan dalam kabinet kepada yang perlu sahaja "bagi mencerminkan matlamat dan langkah berjimat cermat yang harus senantiasa dijunjung dan dipatuhi kerajaan".

Dalam perkembangan berkaitan, satu lagi petisyen yang menolak Ismail sebagai perdana menteri telah mendapat 300,000 tandatangan, setakat tengah malam tadi.

Petisyen itu mendakwa Ismail gagal menguruskan krisis Covid-19 ketika menjadi menteri kanan dalam pentadbiran Muhyiddin.

Ia juga merujuk kenyataan yang pernah dibuat Ismail sebelum ini, yang didakwa sebagai bersifat perkauman dan membangkitkan kemarahan pelbagai pihak, termasuk Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Post a Comment

4 Comments

  1. ada yang kesedehan dengan cara menyanyi tapi ada yang tak sedeh apabila ada rakyat malaysia sanggup menyelit sentimen kominis dalam komit,tak sedeh ada rakyat malaysia sanggup jadi alat LTTE, tak sedeh ada juga rakyat malaysia ingin sangat menjadi seorang republik, ada rakyat tersangat gembira mempromosi cal...(lupa ada sesiapa bole tolong ingatkan), rasa macam ada lagi.........tapi tak ada langsung bersifat perkauman

    ReplyDelete
  2. Mp2 sekarang mengadungi individu2 yg sampah & mesti ditendang.
    Senarai Mp2 sampah:-

    1. Bakal pm ke5
    2. Bakal pm ke6
    3. Bakal pm ke7
    4. Bakal pm ke8
    5. Bakal pm ke9
    6. Bakal pm ke10
    7. Pm ke8 (menunggu)
    8. Bekas pm ke4.
    9. Bekas pm ke6.
    10. Bekas pm ke7
    11. Bekas pm ke8
    12. Bekas tpm bini bekas tpm
    13. Bekas tpm laki bekas tpm
    14. Bekas tpm ada kes rasuah.
    15. Bekas menteri iras pelakon video xxxxx
    16. Bekas menteri ada kaitan kes terowong.
    17. Mp2 ada kaitan dgn sijil beli
    18. Mp2 yg ada kes mahkamah.
    19. Mp2 yg ada kaitan dengan atau bersimpati dgn pkm.
    20. Mp2 yg ada kaitan dgn menghina Raja2 dan YDNegeri.

    Tidak terhad kpd senarai tersebut, semua yg jenis dan sejenis diatas mesti dipadamkan dari diterima untuk pru15.

    ReplyDelete
  3. nampaknya pru15 nanti semua muka2 baru tiada satu pun bekas2 mahkamah dan yang memikul masalah lampau

    ReplyDelete
  4. Termasuk mp legasi kaya raya. Walaupun tak ada kes mahkamah, rasuah dan salahguna kuasa yg telah dilakukan memgenyangkan anak, waris, proksi dan kroni ntah utk beberapa keturunan.
    Semoga legasi ini tidak wujud langsung dalam politik tanahair selepas pru15.
    Petronas milik negara. Semangat nasionalisme. Patut sokong katanya. Tapi menang kuasa slps pru14.....Petron dapat projek selepas petronas ditamatkan.
    Legasi babi ini perlu disingkir terus slps pru15!!!!!

    ReplyDelete