Dia Dah Start... Baik Ko Mintak 1 Negeri, 1 TPM

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meminta pentadbiran persekutuan baru untuk mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri kedua (TPM II) untuk diisi oleh seorang ahli parlimen Sarawak dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), menurut laporan Borneo Post.

"SUPP berpendapat bahawa satu lagi jawatan TPM II harus dibuat dan jawatan TPM ini akan dikhaskan untuk Sarawak dan Sabah, kerana Sarawak dan Sabah memang merupakan dua rakan kongsi yang setara di Malaysia.

"Sarawak dan Sabah telah banyak menyumbang untuk pembangunan negara selama ini, sejak tahun 1963," kata Setiausaha Agung SUPP Sebastian Ting dalam satu kenyataan semalam.

Ting berkata janji seperti itu akan menjadi pengakuan terbuka, ikhlas dan tulus mengenai sumbangan besar dari Sarawak dan Sabah, dan menambah bahawa adalah wajar untuk jawatan itu diisi oleh GPS, yang mempunyai 18 ahli arlimen.

"Kami ingin mengusulkan Fadillah Yusof yang merupakan menteri kanan dan menteri kerja raya di bawah pentadbiran mantan perdana menteri Muhyiddin Yassin, dan Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi, yang sebelum ini merupakan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, untuk jawatan TPM II.

"Kedua-duanya adalah anggota parlimen yang berpengalaman dan telah bertugas sebagai menteri dan timbalan menteri selama bertahun-tahun," katanya.

Ting juga mengusulkan untuk kabinet yang lebih inklusif, dengan etnik lain dari Malaysia Timur diwakili, antara lain kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Kadazan-Dusun dan Bajau.

"Lebih penting lagi dalam pemikiran semua rakyat Malaysia, harapan mereka adalah bahawa kerajaan baru harus menjadi kerajaan yang bersih, menghormati kebebasan badan kehakiman, mengamalkan pemisahan kuasa dan terus memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," kata Ting.

Dia juga mengucapkan tahniah, bagi pihak SUPP, kepada Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai perdana menteri kesembilan.

Post a Comment

5 Comments

  1. jangan lupa jawatan untuk covid supaya dapat menyejukkan hatinya

    ReplyDelete
  2. Dengar kabar parti atok nak bertanding di 120 kerusi. Semua calon bersih dari rasuah. Itu katanya wlpun 22tahun 22bulan penuh rasuah dan salahguna kuasa.

    Betullah...ekonomi legasi mereka terlalu bergantung kepada kuasa politik. Jika benar, negara kita tak akan ke mana-mana. Semuanya akan dibolot dan dijarah oleh muka2 sama. Masih dijajah oleh org yang sama. Nasiblah....

    ReplyDelete
  3. Nah dengar cerita jimin lobi jadi tpm,
    Ada menteri turun pangkat, ada yg naik pangkat, ada yg gugur ada yg lantikan baru,
    Dengar cerita team cluster pemberontak yg diketuai oleh cluster mahkamah tak dapat apa2.
    Ada jgk yg katanya sekolah lulusan amerika tapi broken english dulu pernah jadi menteri semula,
    Tapi ye la kan nak pilih siapa jika mp2 yang ada nih dikedua belah pehak macam dua kali lima jer,
    Cuma baik sikit sebelah sini sebab tak 'bersanubari komunis' dan dsisy ni kira paling bersih la dari nama2 lain yg disebut2 berebut untuk jawatan pm tu.
    Peminat pak lebai pun ada kata yg pak lebai akan jadi menteri,

    Entah ye entah tidak...
    Cerita warung beli bungkus nih munkin ya munkin tidak.

    Yang nyata dekat perancis himpunan anti mandatori vaksinasi dan lockdown masih belum berhenti sejak julai yg lalu.

    Aku pun bukan anti veksin cuma aku tak nak veksinasi, macam aku tidak anti belacan tapi cuma aku taknak belacan.

    Atau tak nak beli beruk dalam guni yg penjualnya kata tak boleh salahkan dia bila bawa pulang rumah tetiba jadi khinzir.

    Prinsip berubat nih
    1. Bermanfaat.
    2. Tiada kesan mudarat.
    3. Tiada pilihan.
    4. Telah terbukti.

    Dan 'scientifics method' menghendaki sesuatu perkara itu dikira scientific sekiranya "melepasi eksiperimen dan ulangan eksiperimen".


    ReplyDelete
  4. pm lawatan ke kedah jadi issue pula, lantaklah siapa dia nak bawak anak bini ke, cabinet belum lagi lantik lagi, sepatutnya pm ke kedah naik keldai, tengok apa reaksi mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia guna jet kerajaan utk tugasan. Daripada dia sorg jer naik baik bawa sesiapa yg arif dan pakar.
      Dia bukan pegi bawa bini utk pegi dinner.
      Dah tugasan....

      Delete