Kabinet Ismail Mungkin Terbentuk Harini? Mungkin Kekal, Mungkin Berpecah?

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengemukakan senarai calon bagi jawatan kabinet.

Bagaimanapun, semakan daripada Malaysiakini dengan seorang pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendapati perkara itu belum dimasukkan dalam jadual perdana menteri.

"Itu khabar angin. Setakat ini, kita tak ada maklumat mengenainya. Kita percaya (menghadap Agong) sepatutnya minggu ini, tapi kita belum ada maklumat terkini," katanya

Sumber Umno pula berkata dia menjangkakan Ismail menghadapi dilema untuk mengemukakan barisan kabinet baru memandangkan semua parti yang menyokongnya menuntut agar mereka diberi portfolio yang sama.

"Bersatu dan PAS mahu kekalkan semua menteri dan timbalan menteri manakala Umno mahukan lebih banyak daripada yang diberikan oleh (bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin). Jadi, ia seperti status quo," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi juga menuntut lebih banyak jawatan menteri diberikan kepada kumpulannya.

Bagaimanapun, sumber itu menjangka akan berlaku perubahan bagi portfolio menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Parlimen dan Undang-Undang) yang sebelum ini disandang Takiyuddin Hassan.

Ini berikutan teguran Istana terhadap kenyataan Takiyuddin Hassan mengenai Ordinan Darurat sebelum ini. Semasa pentadbiran Muhyiddin, Umno diperuntukkan sembilan jawatan menteri dan lapan jawatan timbalan menteri.

Dua bekas menteri - Noraini Ahmad dan Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan setelah Zahid dan 14 anggota parlimen menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Usaha melobi pada saat-saat terakhir untuk mendapatkan jawatan kabinet masih berlangsung.

"PM akan serah senarai kabinetnya esok dan minta persetujuan Agong sebagai sebahagian daripada formaliti.

"Hanya setelah Agong beri perkenan, Ismail Sabri akan menghubungi calon-calon tersebut untuk memberitahu mereka mengenai jawatan masing-masing dan untuk memeriksa sama ada mereka mahu menerimanya. Sekiranya ada yang menolak, akan ada senarai ganti bagi setiap jawatan,” kata sumber itu.

Sumber itu menjangka upacara mengangkat sumpah bagi menteri akan berlangsung pada Khamis dan Ismail akan mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya sebagai perdana menteri pada hari Jumaat.


Post a Comment

6 Comments

  1. Janganlah banyak sangat kementerian dan menteri yg tidak berfungsi mcm yg lepas.Bazir wang rakyat.
    Carilah pak menteri yg mampu memegang portfolio era pandemik dgn berkesan khasnya kesihatan, ekonomi serta kdn.
    Jangan ada lagi menteri tutup pintu depan dan buka pintu belakang.
    Varian delta dah merata...cukup azab dah.
    Delta plus dan lambda masih di luar negara kita. Ketatkan polisi dan sop pintu masuk negara.
    Jangan ambil lagi pekerja asing dari negara yg dah ada varian delta+ dan lambda. Cukuplah pengalaman lalu.
    Skrg dikatakan bangladesh dan negara bersempadan dgnnya ada varian tersebut. Tutup pintu depan negara kita seketatnya untuk warga tersebut. Jangan ada lagi mangkuk yg akan buka pintu belakang.

    ReplyDelete
  2. Habuan habuan..1 utk ngkau. 2 utk aku..heh

    Ms utk agih habuan..sokongan dari kleptokrat dan kluster mahkamah berjaya membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  3. mengapalah aku ni maseh tak paham2 lagi dan susah sangat nak paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ko byk sgt tonggang kencing berak lobai penunggang agama.

      Delete
  4. ph kemuka cadangan reformasi sektor pendidikan, cukuplah janganlah lagi buat kecoh disektor pendidikan seperti zaman ph dahulu, alhamdulillah sempat diselamatkan sebelum lebih parah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg diselamatkan skrg ni? Lagi jahanam ada la!

      Delete