Malam tadi saya dikirimkan beberapa keping gambar dan video mengenai sebuah kawasan hutan simpan di Kuala Krai sudah botak dan hampir licin dikerjakan. 

(Saya percaya gambar ini sudah tersebar dalam medsos).

Hutan simpann itu seluas 480.0 hektar yang diberikan kepada syarikat untuk dimajukan sebagai ladang Durian Musang King dibawah program Ladang Rakyat?

Gejala atau kesan projek itu sudah hebuh diperkatakan. Penduduk sekitar bimbang dengan fenomena berlaku boleh merosakkan ekosistem dan malapetaka alam yang dahsyat.

Perkara ini mungkin tidak masuk ke Dewan Undangan Negeri Kelantan lagi. Inilah bahanya apabila DUN Kelantan tidak mempunyai pembangkang. Semua masalah didiamkan begitu sahaja menyebabkan kerajaan enak melakukan seduka hati.

Pentadbiran kerajaan Kelantan kini tidak ada semak dan imbang.