Sampai Bila Korang Nak Politikkan Pelajar?

Pelajar akan terus menerus dijadikan modal pengasingan mengikut bangsa dan tahap pembelajaran. Daripada tadika sehinggalah korang tamat SPM. Tapi bila masuk universiti semua akan sama level. Tak kira korang datang dari sekolah elit, sekolah bangsa cina, sekolah bangsa india. Korang akan berada dalam satu kelas dan mengikut fakulti masing-masing. 

Kenapa tidak dihapuskan saja semua jenis persekolahan dan hanya membenarkan SMK dan SRK sahaja beroperasi? Masukkan semua silibus mengikut apa yang hendak dipecahkan. Tiada lagi dikriminasi politik murahan. Simple.


Malaysiakini | Beberapa pemimpin pembangkang menyuarakan bantahan terhadap syarat baru kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang hanya menerima pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK).

Laman rasmi MRSM bagi kemasukan 2022 antaranya menyatakan kemasukan bagi tingkatan satu dan empat hanya dihadkan kepada permohonan calon dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Ini bermakna ia tidak menerima pelajar dari Sekolah Rendah/Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan.

Sebelum ini, syarat kemasukan MRSM hanya memerlukan pemohon sebagai warganegara Malaysia. Ia juga terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Dalam satu kenyataan bersama, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa menggesa supaya kerajaan mempertimbang semula dasar tersebut memandangkan kuota 10 peratus untuk golongan bukan bumiputera telah diwujudkan sejak 2002.

“Selain itu, adalah penting untuk masyarakat sedar bahawa walaupun kuota MRSM sebanyak 10 peratus diberikan kepada golongan bukan bumiputera, sebelum 2018 didapati bahawa hanya 1-2 peratus pelajar bukan Bumiputera yang mengisi kuota 10 peratus yang diperuntukkan.

“Oleh itu, kenapa harus golongan ini dihalang daripada menerima pendidikan di MRSM?” soal mereka.

Menurut mereka, ungkapan “Keluarga Malaysia” yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hanya akan dilihat sebagai retorik dan sia-sia sekiranya dasar baru ini diteruskan.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Wanita PKR Sivamalar Genapathy turut menyeru supaya Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid dan pengurusan tertinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara) membatalkan syarat baru kemasukan tersebut.

“Saya menyeru Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan pengurusan tertinggi Mara agar menarik balik syarat kemasukan terbaru dan membuka ruang yang inklusif supaya pelajar pelbagai aliran seperti SJKC, SJKT, SABK dan SRAI (sekolah rendah agama integrasi) mendapat akses kemasukan ke MRSM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sekiranya dasar itu dibuat bagi menggalakkan lebih ramai pelajar bukan Bumiputera untuk bersekolah di sekolah kebangsaan, tindakan ini tentu sekali terburu-buru dan separuh masak.

“Ini kerana mekanisme awal seperti meningkatkan mutu sekolah kebangsaan dari segi fasiliti, integrasi kaum, silibus mata pelajaran, pengajaran, pembelajaran, pengajaran bahasa ibunda, tidak sepenuhnya diimplementasikan.

“Elemen ini jika dilaksanakan dengan baik sudah tentu menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan nombor satu ibu bapa tanpa mengira kaum dan latar sosioekonomi,” katanya.

 “Ia sama sekali bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang meraikan Malaysia yang berbagai kaum. Menafikan hak mereka untuk memasuki MRSM adalah diskriminasi terang terangan yang dilakukan oleh kerajaan.

“MRSM sudah pun mempunyai mekanisme saringan yang tersendiri iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), oleh itu kriteria terbaru yang diperkenalkan bukanlah sesuatu yang rasional kerana hanya pelajar yang berjaya dalam saringan akan dapat masuk ke MRSM berdasarkan merit telah pun diguna pakai,” katanya. 

Malaysiakini

Post a Comment

2 Comments

  1. Mansuh semua sjkc dan sjkt seluruh malaysia sbelum mrsm membenarkan bukan bumiputera masuk.

    ReplyDelete
  2. maaf off topik tapi tetap releven bila menyentuh masa depan malaysia dan amat setuju sjkc dan sjkt dimansuhkan tiada pun satu satu kebaikan saperti yang dikoman diatas

    terbaca memori bukan memoir mazlee bekas menteri pelajaran ph, lebih menyentuh UEC( unified
    examination certificate), sepatutnya dia bersyukur tidak terlaksana uec dengan kejatuhan ph, adakah dia tidak terfikir akibat yang bakal menimpa malaysia dimasa2 mendatang dikendian hari jika uec diiktiraf, tidakkah berfikir panjang adakah satu keperluan atau ia lebih kepada tunduk kepada tututan satu puak atau satu parti dalam ph khasnya dap yang mempunyai agendanya untuk uec diiktiraf jika memerentah.
    tidakkah mencukupi sijil spm yang mendapat pengiktirafan perenkat dunia bahkan kemasukan di universiti2 ulung dunia, bahkan singapura pun taraf pendidikannya boleh dikatakan lebih kehadapan dari malaysia pun tidak beriya2 untuk mengadakan sijil uec untuk rakyatnya.
    berterus terang adalah lebih baik dari tunduk kepada tuntutan nafsu sesuatu pihak tanpa memikir dibelakang hari, jadilah orang atau pemimpin yang mempunyai jati diri yang tidak dapat dikongkong, dipengaruhi atau orang suruhan olih pihak tertentu

    ReplyDelete