Tak Boleh Tangguh Dah Bro

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan penangguhan terakhir rayuan Khairy Jamaluddin berhubung tuntutan saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan ceramah di Lembah Pantai, dekat sini, 13 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Lee Swee Seng menegaskan tiada lagi penangguhan diberikan selepas ini jika peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Kesihatan itu tidak hadir pada prosiding rayuan yang dijadualkan pada 2 November ini.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Darryl Goon Siew Chye memberitahu, jika Muhammad Shafee selaku peguam utama tidak hadir di hadapan panel pada tarikh akan datang, peguam kedua akan berhujah bagi pihaknya.

Beliau menegaskan, kes di mahkamah bermula sejak 2017 dan panel itu akan menyelesaikannya pada tahun ini juga.

“Walau apapun yang berlaku (come rain or shine, fire or flood, pandemic or no pandemic), rayuan ini akan diteruskan meskipun peguam utama tidak hadir kerana masalah kesihatan,” ujar Hakim Swee Seng pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.

Sebelum itu, peguam Sarah Abishegam yang turut mewakili Khairy memaklumkan, Muhammad Shafee tidak hadir hari ini kerana mengalami rheumatoid arthritis serta sakit pada pergelangan tangan dan bahu.

Menurut Sarah, dia menerima panggilan telefon daripada Muhammad Shafee pada waktu pagi bahawa penyakit lama yang dihadapinya menyerang semula menyebabkan peguam itu tidak dapat mengendalikan rayuan dan terpaksa memohon penangguhan.

Sementara itu, J. Leela yang hadir bagi pihak Anwar tidak membantah penangguhan yang dipohon oleh pihak perayu.

Mahkamah sepatutnya mendengar rayuan Khairy terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM150,000 berkaitan ceramah yang dibuatnya pada 2008.

Pada 29 September 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan Khairy memfitnah Anwar dan menolak permohonannya untuk mengubah pernyataan pembelaan.

Pada 19 Februari 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Menteri Kesihatan itu atas sebab teknikal tanpa meritnya didengar.

Bagaimanapun, pada 15 Disember tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy dan mengarahkan Mahkamah Rayuan mendengar meritnya. – UTUSAN

Post a Comment

3 Comments

  1. Cantik padang stadium johor cuma rm1.4juta.Stadium bukit jalil pula kira2 rm10juta. Wow...banyak masyuukk!!!!!

    Asal dulu kerja dgn boboi..
    Mgkin idea dan pengalaman lalu digunakan sekarang..hmmmm

    ReplyDelete
  2. MoU antara kerajaan dan pembangkang ada unsur rasuah. Tapi Tun kata "kalau pi beli kapai terbang kita minta sesuatu itu Tun kata 'offset'".

    Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak mahu terbabit dengan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH), Isnin lalu.

    Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata parti itu kekal dengan keputusan menjadi blok bebas yang tidak berpihak dengan mana-mana gabungan parti, termasuk PH.

    “Kami tidak diundang untuk berbincang perkara ini. Kami berpendapat perlu ada kebebasan bagi parti lawan untuk membuat apa jua teguran yang perlu kerana dalam sistem demokrasi, kita perlu ada parti lawan untuk memberi teguran kepada kerajaan.

    “Jadi, ini kita dapati kalau kita ambil bahagian kerana kita dapat pulangan tertentu. Itu bagi kita tidak sesuai kerana dia nampak seolah-olah dia ada unsur rasuah di situ, iaitu kami akan sokong kalau kamu bagi sekian-sekian kepada kami.”

    Tapi lain tahun dolu dolu masa jadi PM ke 7 kalu kita minta sesuatu umpamanya kalau kita beli kapal terbang, kita minta ‘offset’.

    Sama ada kita anggap ‘offset’ itu sebagai rasuah atau tidak, terpulang kepada anda.

    “Bagi saya kalau kita boleh dapat sesuatu kerana kita membeli sesuatu dengan harga tinggi, kenapa kita tak boleh terima?

    Walau dah tua nak mati kata kata dan lidah bercabang Tun masih berbisa..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti dia nak jadi macam anak dara sunti slps pru15 nanti. Semua org berebut.

      Tapi kalau rakyat bijak siapa yg dah kencing mereka, yg dah kencing ph dan kencing umno/bn demi kuasa politik.....rasanya akan terkubur pejuang legasi kaya nie.

      Ppbm, warisan, pejuang...2x5 genetik dan dna mrk. Strategi mgkin berlainan tapi bila bab kuasa dan projek......mgkin boleh bersatu hati.

      Semoga pru15 nanti akan terkubur mrk nie. Cukuplah rakyat diperbodohkan dgn janji dan impian kosong. Dapat kuasa nanti, legasi kaya mrk akan diberi keutamaan.

      Delete