Najib & Rosmah Buat Rakyat Muak Cara Politik UMNO Memerintah! PAS, Membisu Jer Kan?

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mempertikai mengapa Datuk Seri Najib Razak dipulangkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menemani anak perempuannya Nooryana Najwa yang bakal bersalin awal bulan depan.

Pemimpin veteran DAP itu mempersoal hal tersebut memandangkan Najib sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Walhal, hujahnya, wakil rakyat dari parti itu, Tony Pua dilarang meninggalkan Malaysia untuk berlepas ke Yogyakarta, Indonesia pada 2015, walaupun pasportnya sah sehingga 2020.

“Mengapa pasport MP Tony Pua disita dan dia dilarang melakukan perjalanan ke luar negeri, sedangkan Najib dibenarkan pergi ke luar negara walaupun dia disabitkan kesalahan?

“Semalam, Pusat Melawan Rasuah dan Kronisme (C4), menuntut penjelasan mengenai mengapa Pejabat Peguam Negara tidak membantah permohonan daripada mantan Perdana Menteri untuk mendapatkan semula dokumen perjalanan beliau walaupun selepas disabit bersalah dan juga mempunyai perbicaraan yang sedang berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan semula pasportnya.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said dan bersidang bersama-sama Datuk Ravinthran Paramaguru dan Datuk Abu Bakar Jais memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan dan terdapat alasan yang munasabah.

Sebelum ini, pasport tersebut dilapor akan diserahkan kepada Najib hari ini bagi membolehkannya memperbaharui dokumen perjalanan tersebut sebelum terbang ke Singapura pada 3 November selepas selesai sesi pembentangan Belanjawan 2022.

Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan semula pasportnya bagi tujuan sama.

Mengulas lanjut, Kit Siang bertanyakan jaminan di pihak kerajaan bahawa Najib tidak cabut lari.

“C4 telah membangkitkan persoalan berkepentingan awam yang perlu dijawab oleh Peguam Negara sendiri jika beliau berpegang dan percaya kepada prinsip kedaulatan undang-undang serta prinsip-prinsip tadbir urus yang baik mengenai ketelusan dan kebertanggungjawaban,” katanya.

Pada 22 Julai 2015, Tony Pua yang kini Ahli Parlimen Damansara dilarang berlepas ke Yogjakarta selepas Ketua Polis Negara ketika itu, Khalid Abu Bakar memberitahu Ketua Pengarah Imigresen, melalui surat bertarikh 15 Julai 2015, bahawa ahli politik DAP itu disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas tuduhan terlibat dalam aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Larangan perjalanan juga dikenakan ke atas Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan kartunis politik, Zulkiflee Anuar Ul Haque, yang lebih dikenali sebagai Zunar.

Malaysiadateline

Post a Comment

1 Comments

  1. Najib rosmah sedap2 gi singapore bawah kerajaan kapir PAP. Macai2 humnok sibuk dgn ketuanan melayu.

    Ko x bayo income tax rm80 pun imigresen tak bagi naik flight la damacai (dah jadi macai).

    ReplyDelete