PRK Pertama Dimulakan Di Melaka Negeri Bersejarah

Tektik umno lagi ni ke? Umno nak test power dengan menarik sokongan kepada menteri umno sendiri dengan alasan kerajaan BN-PN. Persoalannya, apakah PAS akan menjadi calon bersama PN atau menjadi sekongkol BN dengan dakyah muafakat nasional. 

Pertembungan 3 penjuru yang menarik. BN, PH & PN.. Tidak mustahil sekali lagi kerajaan minoriti juga akan terbentuk. Atau mungkin BN akan memenangi majoriti besar. Ataupun PH akan mendapat sokongan majoriti. Or else, PN mendapat sokongan terbesar rakyat. 

Malaysiakini | Akhirnya kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf Yusoh, sebentar tadi mengumumkan cadangan agar diadakan pilihan raya di peringkat negeri diterima Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.

Ab Rauf juga mengumumkan DUN Melaka dibubarkan hari ini.

Kata Ab Rauf nasihat agar diadakan DUN Melaka dibubarkan itu dibuat Ketua Menteri Sulaiman Md Ali disampaikan kepada Mohd Ali.

Mengikut perlembagaan, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Melaka dilanda kemelut politik selepas empat Adun kerajaan diketuai bekas ketua Menteri, Idris Haron, mengumumkan pendirian mereka untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan BN-PN.

Idris merupakan Adun Sungai Udang.

"Proklamasi pembubaran DUN Melaka diwartakan hari ini, 5 Okt 2021," kata Ab Rauf pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini. 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memberi jaminan sekiranya berlaku pilihan raya di Melaka, prosedur operasi standard yang ketat akan dilaksanakan.

Ketetapan itu katanya dibuat bagi mengelakkan berulangnya penularan wabak Covid-19 seperti yang pernah berlaku ketika pilihan raya negeri Sabah diadakan pada tahun lalu.

Untuk rekod sehingga malam tadi, 88.2 peratus populasi orang dewasa di Melaka sudah divaksinasi sepenuhnya.

Ditanya mengenai pelaksanaan pilihan raya negeri ketika Covid-19 masih menjadi ancaman, Ab Rauf berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mencadangkan kaedah yang rasakan sesuai.

"Terpulang kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat keputusan lanjut," katanya. 

Dia juga memaklumkan, dengan pembubaran DUN Melaka hari ini, negeri itu ditadbir oleh kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya negeri selesai dijalankan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nk tgk jgk camne PN sm MN agih kerusi. hehe

    Parti tonggang agama diberi laluan atau x diberi laluan PRN kali ni?? Mcm prn sabah tu, jd tukang sorak je la..keh keh keh

    ReplyDelete
  2. Mereka nie sama bangang dgn piee bedal. Cuma piee bedal bangangnya lebih sikit kerana masa prn sabah...populasi rakyat belum divaksin lagi.Sop pulak tunggang langgang. Ikut suka kluster kayangan. Yang jadi mangsa...rakyat.
    Alasan sekarang rakyat dah nak capai imuniti kelompok. Tapi kalau sop bangang...rakyat akan bengang.

    Jika jadi prn melaka....harap ada sop ketat. Jangan sop hangat-hangat taik ayam.Tutup pintu depan, buka pintu belakang.

    Prn melaka jika jadi boleh dijadikan panduan sebelum pru15 nanti. Boring dengan kerajaan yang kurang sokongan mantap.Masa dan wang dibazirkan untuk mendapat sokongan mantap dari pelbagai jenis katak. Sampai bila?

    Dah ada kerajaan, dikhianati oleh sesama mangkuk. Semua ada agenda sendiri. Janji tinggal janji. Kawan dikhianati. Akhirnya sendiri makan taik sendiri. Bodoh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg sokong kera jaan melaka tu pun mangkuk jgk!

      Delete